Categories: Automobile

Yamaha Tracer 9 GT+ diperkenal – dapat Adaptive Cruise Management dengan sistem radar, skrin TFT 7.0 inci

[ad_1]

Yamaha telah memperbaharui barisan motosikal sport touring mereka, yang termasuk Niken GT, Tracer 7, Tracer 7 GT serta Tracer 9 bagi mannequin keluaran tahun 2023. Walaubagaimanapun, satu yang lebih istimewa adalah pengenalan Tracer 9 GT+, yang diangkat sendiri oleh Yamaha sebagai motosikal paling maju pernah mereka hasilkan.

Tracer 9 GT+ adalah motosikal produksi pertama Yamaha yang mendapat ciri Adaptive Cruise Management (ACC), membolehkan motosikal meluncur sendiri mengikut kelajuan yang ditetapkan dan mengawal jarak dengan kereta hadapan (beberapa tetapan jarak disediakan). Sistem ini menggunakan teknologi radar dan disambung kepada Inertia Measurement Unit (IMU).

Menurut Yamaha, ACC pada Tracer 9 GT+ ini adalah antara yang termaju di dalam industri dan dapat mengurangkan risiko perlanggaran kerana ia turut dihubungkan kepada sistem brek melalui ciri Brake Management (boleh on/off), Unified Brake System (pembahagian kuasa brek antara depan dan belakang) dan Engine Braking.

Selain daripada itu, ACC pada Tracer 9 GT+ ini juga dihubungkan kepada suspensi elektronik Kayaba motosikal untuk mengawal stabiliti serta quickshifter, sekaligus membolehkan penunggang melakukan tukaran gear tanpa menarik klac semasa ACC sedang berfungsi.

Panel paparan pada Tracer 9 GT+ turut diubah, dengan sekarang ia menggunakan unit TFT warna penuh tujuh inci, yang juga boleh disambungkan kepada telefon pintar dan navigasi Garmin (memerlukan yuran langganan). Tracer 9 GT 2023 pula masih menggunakan panel paparan TFT 3.5 inci yang terpisah.

Beberapa bahagian lain pada 9 GT+ turut dinaik taraf berbanding 9 GT biasa, termasuk cakera brek belakang lebih besar (267 mm berbanding 245 mm), soket USB-A, suis baru pada pemegang, takung minyak brek lutsinar/smoked, serta balutan tempat duduk baru.

Bagi 9 GT biasa, tidak banyak peningkatan yang dibuat selain penampilan. Walaupun tidak mempunyai ACC, ia masih mendapat ciri canggih lain yang sama seperti 9 GT+ seperti Traction Management, Slide Management, Raise Management, Brake Management, suspensi semi aktif, quickshifter, keseluruhan lampu LED termasuk lampu membelok dan pemanas tangan.

Pakej penggerak 9 GT masih sama seperti sebelum ini dan turut digunakan pada 9 GT+, iaitu unit tiga silinder sebaris 890 cc bersama transmisi enam kelajuan, menghasilkan 119 PS pada 10,000 rpm dan 93 Nm tork pada 7,000 rpm. Tangki bahan api 9 GT berkapasiti 18 liter, manakala 9 GT+ mendapat ekstra satu liter menjadi 19 liter.

GALERI: Yamaha Tracer 9 GT 2023

GALERI: Yamaha Tracer 9 GT+ 2023

[ad_2]
Source link
admin

Recent Posts

Building a Future-Ready Electronic Company: Key Strategies for Success

In today's tech-driven world, electronic companies play a crucial role in shaping modern life, from…

2 days ago

Leading Strategies for Winning the Lotto

Hey there, fellow dreamers! Ever fantasized about hitting the jackpot and living the life of…

3 days ago

BOTTOM CAMP Unveils N Additionally Dust Mask

The Some Remarkable Plus woodworking dust masque combines advanced technology with design elements for a…

3 months ago

What Is a Reclaim Catcher?

Reclaim catchers speed up cleaning time for dab rigs by collecting residue that could build…

3 months ago

Choosing the Right Barn Exhaust Lovers

Barn exhaust fans provide airflow that reduces heating stress, makes livestock far healthier and happier,…

3 months ago

Precisely what Nutrients Should Your Dog Consume?

Your dog's health depends upon consuming a balanced diet, providing you with essential vitamins, minerals,…

3 months ago