Volvo XC90 2023 di Malaysia ditawarkan dalam dua varian Final – B5 pada RM417k, T8 PHEV RM433k

1

[ad_1]

Sama seperti V60 dan XC40, Volvo XC90 pasaran Malaysia juga diperbaharui, dengan mannequin tahun 2023 kini cuma ditawarkan dalam versi Final. Ada dua varian yang disediakan, iaitu B5 Final pada harga RM416,888, dan Recharge T8 Final pada RM432,888 – peningkatan RM4,000 berbanding XC90 B5 Inscription Plus dan Recharge T8 Inscription Plus sebelum ini.

Bagi XC90 Recharge T8 Final, penggerak plug-in hybrid (PHEV) pada mannequin ini yang terdiri daripada gabungan enjin petrol empat silinder 2.0L turbo berkuasa 317 PS/400 Nm dan motor elektrik 145 PS/309 Nm kini mampu menghasilkan kuasa keseluruhan 462 PS dan 709 Nm.

Ia dipadankan bersama transmisi automatik lapan kelajuan untuk menghantar kuasa kepada roda hadapan, manakala roda belakang mendapat kuasa daripada motor elektrik, menjadikannya tetapan pacuan semua roda. Pecutan 0-100 km/j boleh dilakukan dalam masa 5.3 saat sementara penggunaan bahan api pula boleh menjadi serendah 1.8 l/100 km.

Dengan kuasa elektrik sahaja, bateri 18.8 kWh pada XC90 Recharge T8 Final boleh memberikan jarak gerak 77 km, dan ini menunjukkan peningkatan berbanding 50 km (bateri 11.6 kWh) yang dicatat mannequin sebelumnya. Masa lima jam diperlukan untuk mengecas penuh baterinya menggunakan pengecas AC 3.7 kW (Sort 2), sementara apabila menggunakan soket domestik ia mengambil masa 13 jam.

Varian asas B5 Final pula digerakkan oleh enjin petrol empat silinder 2.0L turbo yang menyampaikan kuasa kepada semua roda melalui transmisi automatik lapan kelajuan. Turut membantu adalah sistem hibrid ringkas dengan built-in starter generator (ISG) 14PS/40 Nm yang terletak di antara transmisi dan enjin.

Secara keseluruhannya, varian ini boleh menghasilkan kuasa 263 PS pada 6,000 rpm dan 390 Nm dari 1,800 hingga 4,800 rpm, sekaligus melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.9 saat dan memberikan catatan penggunaan bahan api 8.2 l/100 km. Laju maksimum kedua-dua varian baru XC90 ini dihadkan pada 180 km/j.

Melihat kepada perubahan kelengkapan XC90 2023 ini, dua varian yang ditawarkan dapat dibezakan dengan lebih mudah kerana rekaan rim 20 inci lima cabang padanya adalah berlainan. Varian sebelum ini menggunakan rim 20 inci 10 cabang yang sama.

Kemudiannya bagi kemasan dalam, terdapat tiga kombinasi iaitu kulit Nappa Charcoal/Gray Ash (RC00), kulit Maroon Brown Moritz/Linear Lime (RA30) dan kulit Nappa Maroon Brown/Black Ash (RC30). Kedua-dua kemasan RC00 dan RC30 diawarkan untuk warna badan Denim Blue, Crystal White dan Vibrant Nightfall, sementara RA30 pula cuma disediakan untuk warna badan Onyx Black (juga boleh didapati dengan RC00).

XC90 2023 pasaran Malaysia juga menerima sistem infotainmen berasaskan Android Automotive OS, yang disambungkan kepada sistem bunyi Bowers & Wilkins 19 pembesar suara, serta skrin sesentuh sembilan inci menegak di tengah papan pemuka. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sistem infotainmen baru ini boleh digunakan dengan servis dalaman Google dan memerlukan langganan berupa Digital Service Bundle (DSP), yang dimasukkan sekali dalam harga kereta untuk tempoh selama empat tahun, sebelum memerlukan pembaharuan.

Selain daripada perubahan yang dinyatakan, senarai kelengkapan varian pengganti baru ini masih sama seperti Inscription Plus sebelum ini, termasuk pendingin hawa empat zon, bumbung panoramik, tempat duduk larasan kuasa dengan fungsi memori, head-up show serta Lively Chassis dengan suspensi udara.

Bagi sistem bantuan pemandu dan keselamatan, ia dilengkapi Metropolis Security (Autonomous Emergency Braking dengan sokongan stereng), Lane Protecting Assist, Run-off Street Mitigation dengan pengesan pinggir jalan, Oncoming Lane Mitigation, Blind Spot Monitoring dengan Steer Help, Cross Visitors Alert dengan brek automatik, Run-off Street Safety, Pilot Help dan Adaptive Cruise Management – semuanya didatangkan commonplace.

XC90 2023 disediakan dengan jaminan lima tahun tanpa had batuan, sementara bagi varian Recharge T8 Final ia datang dengan jaminan bateri PHEV selama lapan tahun, 160,000 km.



[ad_2]
Source link