[ad_1]
Selepas memaparkan galeri foto Volvo XC60 yang dipertingkatkan untuk mannequin tahun 2023, kami paparkan pula foto varian asas SUV tersebut, B5 Plus. Dijual pada harga atas jalan RM320,888 tanpa insurans, B5 Plus menggantikan varian sebelum ini, B5 Momentum, dan menyertai mannequin spesifikasi tertinggi Recharge T8 Final plug-in hybrid.
Secara mekanikalnya, B5 Plus masih mengekalkan enjin yang sama iaitu 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder petrol dengan padnan sistem hibrid ringkas 48-voltan bersama built-in starter generator (ISG) di antara enjin dengan transmisi automatik lapan-kelajuan.
Angka prestasi bagi ISG ini adalah 14 PS dan 40 Nm dan ia bekerjasama dengan enjin untuk menghasilkan keseluruhan kuasa mencecah 263 PS pada 6,000 rpm dan 390 Nm dari 1,800 hingga 4,800. Bagi prestasi, B5 Plus boleh dipecut dari 0-100 km/j dalam 6.9 saat dan kelajuan maksimum cecah 180 km/j.
Untuk pengayaannya, B5 Plus tidak menerima ciri luaran R-Design (yang didedahkan tahun lalu). Sebaliknya, ia mirip dengan gaya Inscription pada mannequin terdahulu, walau pun kemasan krom untuk luarannya telah dikurangkan. Selain itu, ia diberikan roda aloi potongan-berlian hitam lima-jejari-V 19-inci, berbeza dengan versi PHEV yang menerima unit potongan-berlian hitam jejari-berkembar.
Di dalamnya, B5 Plus didatangkan dengan kemasan Charcoal dan ditawarkan dengan dua pilihan gabungan upholstery dan dekor – Charcoal Moritz dengan dekor Metallic Mesh serta Maroon Brown Moritz dengan dekor Linear Lime (yang dilihat seperti dalam foto ini). Untuk luaranya, ia diberikan warna baharu Vivid Nightfall, dengan warna pilihan lain iaitu Crystal White, Onyx Black dan Denim Blue.
Untuk kelengkapannya, ia diberikan kawalan suhu dwi-zon secara commonplace, tempat duduk hadapan larasan kuasa dengan fungsi memori, sistem infotainmen dikuasakan-Android Automotive OS dengan skrin sesentuh sembilan-inci, sistem bunyi Harman Kardon 14-pembesar suara, lampu utama LED dan paparan instrumen digital 12.3-digital.
Bagi aspek keselamatan, B5 Plus setanding dengan PHEV, dengan mengekalkan ciri keselamatan aktif yang sama termasuk pengelak pelanggaran dengan pengesan pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan besar serta brek dan sokongan stereng, keupayaan pemanduan semi-sendiri Pilot Help Degree 2, bantuan kekal lorong, pemantauan titik buta dengan bantuan stereng, kamera 360-darjah, amaran pelanggaran hadapan dan belakang, run-off street mitigation fan kepekaan trafik lintasan belakang dengan brek.
Welcome to the powerful world of sports betting! Whether or not you're just starting or…
Hey there, festive folks! It is actually that time of year again when the atmosphere…
Before we begin the design process, why don't we discuss why custom identity cards are…
Hey there! Are you feeling a little bit overwhelmed with the entrance assessments coming up?…
Hey there, fellow slot enthusiast! If you're reading this, chances are you're looking to level…
Hey there! If you've been considering diving into digital advertising, you're onto something significant. The…