VinFast VF e34 EV terima penarafan 4-bintang dalam ujian ASEAN NCAP – tiada brek kecemasan automatik

0

[ad_1]

Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) telah menganugerahkan penarafan empat-bintang untuk kenderaan elektrik penuh (EV) buatan Vietnam, Vinfast VF e34. SUV EV ini juga merupakan mannequin pertama yang diuji dengan protokol baharu ASEAN NCAP untuk 2021-2025, berbanding mannequin sebelum ini iaitu Fadil, Lux SA2.0 dan Lux A2.0 yang diuji dengan protokol 2017-2020.

Dengan skor terkumpul 78.99 mata, VF e34 tidak menerima penarafan lima bintang penuh. Namun ujian ASEAN NCAP menunjukkan mannequin tersebut berjaya menunjukkan prestasi yang baik dalam perlindungan penumpang dewasa (35.92 mata daripada 40 mata), perlindungan penumpang kanak-kanak ( 17.71 mata daripada 20 mata) dan ujian keselamatan penunggang motosikal (12.50 mata daripada 20 mata) yang dijalankan di Pusat Teknologi dan Penyelidikan Automotif China (CATARC).

EV dalam versi pemanduan sebelah kiri ini juga memperoleh 12.86 daripada 20 mata dalam kategori bantuan keselamatan, dengan sistem customary yang dipasang termasuk amaran keluar lorong, amaran lintasan trafik belakang dan lampu tinggi automatik. VF e34 ini turut dilengkapi dengan sistem e-Name (untuk membuat panggilan kecemasan) dan pemantau titik buta yang penting di Vietnam kerana negara tersebut mempunyai bilangan motosikal berdaftar tertinggi di jalan raya di rantau ASEAN.

VF e34 dijual pada harga VND690,000 juta (RM131,445) di Vietnam dan menampilkan motor elektrik tunggal yang dipasang di gandar hadapan, menghasilkan kuasa 150 PS (148 hp atau 110 kW) dan tork maksima 242 Nm. Ia menerima kuasa elektrik dari bateri lithium-ion 42-kWj, memberikan jarak gerak sekitar 285 km berdasarkan kitaran NEDC.

Ia boleh dicas semula menerusi sistem AC 7.4 kW dengan penghubung Kind 2, membolehkan ia dicas penuh dalam masa kurang daripada lima jam. Sistem pengecas pantas DC 250 kW dengan penghubung CCS2 juga boleh digunakan, membolehkan cas untuk jarak 180 km dikumpul dalam masa 18 minit.

Selain dari sistem keselamatan aktif yang dinyatakan di atas, EV lima tempat duduk ini juga dilengkapi dengan enam beg udara, kamera 360 darjah, sistem amaran buka pintu dan pelbagai sistem keselamatan pasif termasuk brek ABS, EBD dan bantuan brek, ESC, traction management dan bantuan mula mendaki.

Walau bagaimanapun, ia tidak disertakan dengan brek kecemasan automatik (AEB) dan juga bantuan kekal lorong – ini yang mungkin menyebabkan ia hanya menerima skor tidak sampai 65% dalam kategori bantuan keselamatan.

Perincian lain yang diberikan termasuk rim aloi 18 inci, lampu depan dan lampu belakang LED, paparan instrumen digital dengan skrin tujuh inci, skrin sesentuh infotainmen format potret 10-inci dengan Android Auto dan Apple CarPlay, pendingin hawa handbook dengan corong kabin belakang serta pemantau tekanan tayar.



[ad_2]
Source link