[ad_1]
Walaupun sudah banyak kes pembuli jalan raya sudah dirakam melalui banyak kamera dashcam milik orang awam dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa, kes-kes yang sama nampaknya terus berlaku dan tidak memberikan pengajaran kepada sebahagian pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab.
Ini satu lagi kejadian tipikal membabitkan pembuli jalan raya yang dirakam dan dimuat naik oleh pengguna Fb bernama Rawaida Alyani Zahid di FB Group DashCam Proprietor Malaysia. Menurut perakam video berkenaan, insiden ini bermula apabila Mercedes-Benz W124 berwarna biru dalam video tersebut dilihat menyalah guna lorong SmartTag pada satu plaza tol.
Berdasarkan tanda-tanda jalan, kejadian ini berlaku di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS). Tarikh dan masa pada video tersebut pula menunjukkan ia berlaku semalam, pada jam sekitar pukul 6 petang.
Pemandu Mercedes-Benz tersebut didakwa oleh perakam video ini masuk ke lorong SmartTag dengan sengaja walaupun tidak mempunyai peranti SmartTag kerana tidak mahu beratur di lorong Contact N’Go biasa. Setelah beberapa kali tidak berjaya membuka palang tol dengan hanya menggunakan kad Contact N’Go, seorang petugas tol datang membantunya bagi membuka palang berkenaan.
Kenderaan perakam kemudiannya memotong Mercedes-Benz tersebut selepas masuk ke lebuhraya. Namun mungkin ada sesuatu yang perakam lakukan ketika Benz berkenaan tersekat di palang plaza tol, pemandunya mula melakukan provokasi dengan memotong kenderaan perakam dan kemudian membrek di hadapannya, di lorong paling kanan lebuhraya tersebut.
Kedua-duanya menuju ke arah yang sama iaitu keluar ke susur Persimpangan Semenyih, dan Mercedes-Benz berkenaan masih membuat provokasi yang sama. Ketika membrek buat kali keempat, juga di lorong paling kanan, Mercedes-Benz berkenaan berhenti terus buat beberapa ketika.
Kemudian apabila kedua-dua kenderaan ini hampir sampai ke satu lagi plaza tol, Mercedes berkenaan sekali lagi berhenti di hadapan kenderaan perakam, kali ini secara menyilang dan pemandunya membuka pintu seolah-olah mahu turun untuk memberi amaran lebih keras. Namun dia kemudian meneruskan perjalanan, dan kali ini sekali lagi menyalahgunakan lorong SmartTag.
Apa yang dilakukan oleh pemandu Mercedes-Benz berkenaan jelas bukan sahaja membahayakan nyawanya dan pemilik kenderaan perakam, ia juga mungkin boleh menyebabkan kecederaan atau lebih terus kemalangan jiwa sekiranya ada rempuhan berlaku ketika berhenti di lorong paling laju lebuhraya tersebut.
Hey there, casino enthusiasts! Regardless of whether you're a seasoned player or even a newbie…
Hey there, casino enthusiasts! For anyone who is on the hunt for exciting strategies to…
Welcome to the powerful world of sports betting! Whether or not you're just starting or…
Hey there, festive folks! It is actually that time of year again when the atmosphere…
Before we begin the design process, why don't we discuss why custom identity cards are…
Hey there! Are you feeling a little bit overwhelmed with the entrance assessments coming up?…