Categories: Automobile

VIDEO: Honda Civic RS e:HEV 2022 — RM166,500

[ad_1]

Honda Civic RS e:HEV 2022 yang dilancarkan semalam untuk pasaran tempatan meneruskan lagi penawaran Honda Malaysia dalam segmen kenderaan berteknologi hibrid ketika ini. Ini bukanlah hal baru yang dilakukan syarikat itu, kerana Civic Hybrid yang pertama sekali sudah diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 2007 dahulu.

Dalam penawarannya bagi tempoh dua tahun kebelakangan ini juga dapat dilihat perkembangan yang sama: Honda Metropolis sedan dan hatchback kedua-duanya dihadirkan dalam varian hibrid. Dan, mannequin terbaru yang diperkenalkan untuk pasaran tempatan, HR-V juga mengikut langkah yang sama — hibrid sebagai penawaran paling lengkap, paling canggih dan paling mahal antara kesemuanya.

Dan kini, corak yang sama diteruskan oleh Civic RS e:HEV 2022, yang dijual pada harga RM166,500. Jika dibandingkan dengan Civic RS petrol sebelum ini (yang dijual pada harga RM151k), beza harga yang terlibat adalah sekitar RM16k. Jadi apa kelebihan dan pertambahan ciri yang ada pada mannequin hibrid ini? Dan adakan ia berbaloi dengan pertambahan harga tersebut.

Antara perkara unik dan perlu disebutkan adalah, Civic hibrid ini merupakan Honda yang pertama di sini yang menggunakan enjin 2.0 liter empat-silinder kitaran Atkinson dengan sistem suntikan bahan api terus berkuasa 143 PS (139 hp) dan tork maksima 189 Nm, bersama dua buah motor elektrik. Ia berfungsi sama dengan sistem 1.5L i-MMD pada Metropolis dan HR-V hibrid, di mana enjin petrol yang dibekalkan dalam kebanyakkan masa hanya berfungsi sebagai generator untuk mengecas bateri.

Sebuah motor bersaiz kecil dipadankan terus pada aci engkol berfungsi untuk menghidupkan enjin, manakala motor utama yang memacu roda hadapan pula dibekalkan kuasa 184 PS (181 hp atau 135 kW) dan tork maksima 315 Nm. Ada masa-masa tertentu motor elektrik berkenaan turut bergabung tenaga dengan enjin petrol, dan sebab itulah ia masih diberikan transmisi E-CVT.

Untuk tahu perbezaan dan kelaian Civic hibrid ini berbanding versi petrolnya, tonton video ringkas yang kami sediakan ini. Antara keduanya memang nampak sama, tapi “isi” dan prestasi agak jauh berbeza.

[ad_2]
Source link
admin

Recent Posts

Tips on how to Manage Entrance Exam Pressure

Hey there! Are you feeling a little bit overwhelmed with the entrance assessments coming up?…

1 hour ago

Top Strategies for Winning at Slot Games

Hey there, fellow slot enthusiast! If you're reading this, chances are you're looking to level…

2 hours ago

Typically the Growing Demand for Digital Marketing savvy

Hey there! If you've been considering diving into digital advertising, you're onto something significant. The…

4 hours ago

The particular Rise of Dodo69 Video game titles Community

Hey there, fellow video game enthusiast! Have you heard about the hottest buzz in the…

3 days ago

Basement Waterproofing with Epoxy Flooring: A Must-Have for Murrieta Homeowners

Basement waterproofing is a critical account for homeowners in Murrieta, CA, and for good reason.…

4 days ago

Studying the World of Terong123 Games

Here you are in the thrilling universe of Terong123 Games! Imagine walking into a realm…

5 days ago