[ad_1]
Vespa telah memperkenalkan mannequin GTS 2023 di Eropah, dengan kini ditawarkan dalam empat varian iaitu GTS, GTS Tremendous, GTS SuperSport dan GTS SuperTech. Penampilan skuter ini, walaupun masih nampak sama, tetapi sebenarnya melibatkan perubahan yang diberikan secara terperinci.
Ada dua pilihan enjin yang disediakan untuk Vespa GTS baru ini, iaitu unit 125 i-GET dan 300 HPE yang didakwa boleh menghasilkan sehingga 23 hp. Kedua-dua enjin ini menggunakan tetapan satu silinder dengan sistem suntikan bahan api, penyejukan cecair serta mendapat penarafan emisi Euro 5.
Pembaharuan lain yang dibuat untuk GTS 2023 ini adalah di bahagian suspensi. Meskipun masih menggunakan tetapan single arm yang sama di hadapan, ia telah ditala semula untuk menjadikan skuter tersebut lebih stabil pada kelajuan tinggi, sambil turut memperbaiki keselesaan dan pengendaliannya.
Keselesaan juga diambil penting melalui Vespa GTS baru ini, di mana tempat duduknya telah direka semula supaya penunggang dan penumpang tidak terkesan walaupun menggunakannya untuk perjalanan jarak jauh. Semua varian Vespa GTS kini diberikan dengan sistem tanpa kunci dan butang pemula enjin, dengan fungsi kunci pemegang dan bukaan tempat duduk boleh dilakukan dengan alat kawalan jauh.
Sistem sambungan bluetooth Vespa MIA disediakan untuk kedua-dua GTS SuperSport dan SuperTech, tetapi SuperTech dipertingkat lagi dengan paparan TFT 4.3 inci warna penuh. Kelengkapan lain yang disediakan pada Vespa GTS adalah termasuk brek cakera hadapan dan belakang dengan sistem ABS, kawalan cengkaman dan rim 12 inci hadapan dan belakang.
Hey there, festive folks! It is actually that time of year again when the atmosphere…
Before we begin the design process, why don't we discuss why custom identity cards are…
Hey there! Are you feeling a little bit overwhelmed with the entrance assessments coming up?…
Hey there, fellow slot enthusiast! If you're reading this, chances are you're looking to level…
Hey there! If you've been considering diving into digital advertising, you're onto something significant. The…
Hey there, fellow video game enthusiast! Have you heard about the hottest buzz in the…