Toyota Veloz 2022 – pelancaran di Malaysia pada 18 Okt ini; kembar Perodua Alza, harga anggaran RM95k

0

[ad_1]

UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengesahkan bahawa MPV tujuh-tempat duduk baharunya iaitu Veloz bakal dilancarkan secara rasmi esok, 18 Oktober 2022. Majlis pelancaran berkenaan akan disiarkan secara langsung di laman Fb dan saluran YouTube UMWT pada pukul 8 malam.

Mannequin gantian untuk Toyota Avanza berkenaan telah pun dibuka untuk tempahan pada bulan Jun lalu, dan sehingga 9 September, tempahannya telah mencecah 5,200 unit.

Seperti yang diketahui, Veloz juga merupakan kembar terus kepada Perodua Alza 2022 yang telah pun dilancarkan pada 20 Julai 2022. Ia diasaskan dari platform Daihatsu New World Structure (DNGA) pacuan roda hadapan yang jauh lebih mannequin dari casis ladder body pacuan roda belakang Avanza generasi sebelumnya.

Veloz juga menerima unit rangkaian kuasa yang sama dengan Alza, dijana oleh enjin petrol 2NR-VE 1.5 liter empat silinder NA berkuasa 106 PS pada 6,000 rpm dan 137 Nm pada 4,200 rpm, bersama padanan kotak gear D-CVT automatik. Malah Veloz juga sebenarnya dipasang di kilang Perodua yang terletak di Sg. Choh bersama-sama Alza, seperti kembar Perodua Aruz iaitu Toyota Rush.

Antara perincian yang sudah disahkan untuk Veloz oleh UMWT sebelum ini termasuk sistem infotaimen Show Audio dengan skrin 9-inci bersama sokongan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, paparan instrumen digital dengan skrin tujuh-inci, pengecas telefon pintar tanpa wayar, brek parkir elektronik (EPB) dengan fungsi auto brake maintain, lampu hadapan LED, rel bumbung, serta sistem telematik.

Ia juga menerima pakej sistem bantuan pemanduan keselamatan Toyota Security Sense yang memberikan fungsi termasuk Pre-Collision System (brek kecemasan automatik) dan juga Adaptive Cruise Management.

Sebelum ini UMWT sudahpun mengumumkan bahawa Veloz bakal dijual pada harga anggaran atas jalan tanpa insuran RM95,000, atau RM20k lebih mahal berbanding mannequin varian tertinggi Alza iaitu Alza AV. Jadi apa kelebihan dan perbezaan antara Veloz dan Alza? Kami sudahpun menyediakan satu artikel berkenaan perkara tersebut yang boleh anda baca pada PAUTAN INI.

GALERI: Toyota Veloz pasaran Malaysia



[ad_2]
Source link