Categories: Automobile

Toyota GR Yaris Rally2 Idea didedahkan di Jepun – bakal dijual bermula 2024, guna enjin tiga-silinder?

[ad_1]

Selepas mendominasi kategori utama Kejohanan Rali Dunia (WRC) dengan jentera Yaris WRC dan GR Yaris Rally1, Toyota nampaknya bakal hadir ke kancah pertarungan tangga kedua WRC selepas ini iaitu dalam kategori Rally2 – Toyota Gazoo Racing telahpun mendedahkan GR Yaris Rally2 Concpet di pusingan terakhir WRC musim ini iaitu Rally Japan 2022 yang berlangsung hujung minggu lalu!

Toyota langsung tidak mengumumkan sebarang perincian berkenaan jentera baharu ini. Ia didedahkan dan kemudian terus dibawa ke SS rali, dengan pemanduan demonstrasi dibuat oleh juara dunia WRC empat-kali (sekali dengan Toyota) dari Finland, Juha Kankunnen. Pelbagai laporan menyebut bahawa pembangunan bagi GR Yaris Rally2 ini bakal dibuat tahun hadapan, dan pelanggan-pelanggan yang berminat untuk program buyer racing boleh membelinya pada 2024.

Menerusi video-video yang tersiar dilaman-laman sosial, bunyi GR Yaris Rally2 ini seperti menggunakan enjin tiga-silinder – mungkin menggunakan asas enjin G16-GTS 1.6L Turbo yang sama seperti GR Yaris produksi. Untuk pengetahuan anda, jentera GR Yaris Rally1 masih menggunakan enjin 1.6 liter empat-silinder turbo yang diambil dari jentera Yaris WRC sebelum itu.

Untuk semua jentera Rally2/R5, FIA telah menetapkan bahawa ia perlu dijana enjin 1.6 liter turbo dengan diberikan unit restrictor turbo berdiameter 32 mm, kebiasaannya akan menghasilkan kuasa sekitar 200-300 hp an tork melebihi 400 Nm.

Kuasa dari enjin perlu dipindahkan ke kotak gear sequential 5-kelajuan (tanpa pedal penukar pada setereng, hanya tuil tangan biasa), dan dihubungkan kepada sistem pacuan semua roda – diberikan differential terkunci pada setiap gandar hadapan dan belakang, tanpa differential tengah dan tanpa sebarang sistem agihan tork aktif – semua komponen ini perlu diambil dari pembekal-pembekal yang telah ditetapkan oleh FIA.

Berbanding kategori Rally1 yang hanya ada tiga pengeluar yang menghasilkan kereta dengan spesifikasi tersebut iaitu Toyota, Hyundai dan Ford, kategori Rally1 (sebelum ini dikenali sebagai R5) jauh lebih meriah. Buat masa sekarang antara jentera yang masih mempunyai homologasi FIA untuk kategori ini termasuk VW Polo GTI R5, Proton Iriz R5, Citroën C3 R5, dan antara yang paling terkini adalah Hyundai i20 N Rally2 serta Skoda Fabia RS Rally2.


[ad_2]
Source link
admin

Recent Posts

Basement Waterproofing with Epoxy Flooring: A Must-Have for Murrieta Homeowners

Basement waterproofing is a critical account for homeowners in Murrieta, CA, and for good reason.…

15 hours ago

Studying the World of Terong123 Games

Here you are in the thrilling universe of Terong123 Games! Imagine walking into a realm…

2 days ago

Unique Home Decor Shops in Fort Worth

Hello to both Fort Worth locals and those just passing through! If your living space…

2 days ago

The Fascinating World of Long-Necked Cats

First, let's clarify what we mean by "long-necked cats." We're talking about decorative figurines or…

3 days ago

Tips for Winning the Cambodia Lottery

Hey there! So, you're interested in trying your luck with the Cambodia Lottery. Well, you're…

3 days ago

The Evolution of QQKuda Slot Machines

Typically, the journey of slot machines started in the vibrant era of the late 19th…

3 days ago