Categories: Automobile

Toyota bZ4X masuk pasaran Thailand – EV dengan bateri 71.4 kWh, jarak gerak 411 km, harga RM235k

[ad_1]

Thailand menjadi negara pertama dalam ASEAN yang menerima bZ4X, apabila SUV elektrik itu dilancarkan pada harga 1.836 juta baht (RM235,242). Harga ini dikira sekali dengan insentif yang diberikan kerajaan mereka, termasuk subsidi serta duti kastam yang lebih rendah.

Berkenaan spesifikasi, bZ4X pasaran Thailand cuma datang dalam varian pacuan empat roda, yang menggunakan bateri lithium ion 71.4 kWh, mampu memberikan jarak gerak sehingga 411 km mengikut normal WLTP. EV ini boleh dicas menggunakan sumber AC (Sort 2) pada kadar 6.6 kW, ataupun DC (sambungan CCS2) pada 150 kW, yang boleh mengisi bateri dari 0-80% dalam masa cuma 30 minit.

Dari bateri, kuasa dihantar kepada dua motor elektrik, yang masing-masing berkuasa 109 PS (107 hp atau 80 kW), untuk menghasilkan kuasa keseluruhan 218 PS (215 hp atau 160 kW) dan tork 337 Nm. Tetapan ini membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.9 saat, serta akses kepada X-Mode untuk digunakan waktu di atas jalan licin. Platform e-TNGA yang digunakan oleh Toyota untuk bZ4X ini dibangunkan bersama Subaru, dan mannequin versi Subaru dipanggil sebagai Solterra.

Untuk kelengkapan, bZ4X datang dengan semua lampu LED, bumbung panoramik, balutan kulit sintetik, tempat duduk pemandu larasan kuasa lapan arah, panel instrumen digital tujuh inci, sistem infotainmen dengan skrin sesentuh 12.3 inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, sistem masuk tanpa kunci dan butang pemula, sistem bunyi JBL sembilan pembesar suara, pengawal pendingin hawa dua zon, pengecas telefon tanpa wayar, telematik T-Join serta rim 20 inci.

Bagi aspek keselamatan, ia datang dengan lapan beg udara dan sistem pasif biasa seperti ABS, EBD, Hill Begin Help, Traction Management dan VSC. Turut diberi adalah palej Security Sense 3.0, yang termasuk Dynamic Radar Cruise Management, Blind Spot Monitor, Rear Cross Site visitors Alert, pandangan panoramik, Autonomous Emergency Braking, Lane Departure Alert, Lane Hold Help dan bantuan letak kereta.

Di Thailand, bZ4X ditawarkan dalam lima warna dua tona, dengan semuanya mempunyai bumbung berwarna hitam, iaitu White Pearl, Treasured Silver, Treasured Steel, Emotional Purple dan Darkish Blue Mica. Satu-satunya pilihan warna satu tona adalah serba hitam. Bahagian dalam pula menggunakan kemasan warna gabungan hitam dan kelabu.

Setiap pembelian datang dengan jaminan kenderaan lima tahun/150,000 km, jaminan bateri lapan tahun/160,000 km, bayaran upah percuma untuk penyelenggaraan berkala serta bantuan tepi jalan selama lima tahun. Menurut Headlightmag, EV ini juga boleh didapati dengan servis langganan Kinto, yang merangkumi penyelenggaraan, insurans dan cukai jalan.

Sementara Thailand sudah dapat bZ4X ini, kita pula masih perlu menunggu sedikit masa lagi kerana EV tersebut hanya dirancang tiba pada tahun depan dan menikmati pengurangan cukai, duti eksais serta pengecualian cukai yang diberi kepada EV CBU. Melihat kepada harga di pasaran Thailand ini, anda rasa berapa agaknya harga bZ4X apabila ia tiba di negara kita nanti?

[ad_2]
Source link
admin

Recent Posts

Top rated Strategies for bwinbet365 Sports Wagering Success

Welcome to the powerful world of sports betting! Whether or not you're just starting or…

13 hours ago

Motivational Christmas Sayings for the Period

Hey there, festive folks! It is actually that time of year again when the atmosphere…

3 days ago

The best way to Design Effective Custom IDENTITY Cards

Before we begin the design process, why don't we discuss why custom identity cards are…

3 days ago

Tips on how to Manage Entrance Exam Pressure

Hey there! Are you feeling a little bit overwhelmed with the entrance assessments coming up?…

4 days ago

Top Strategies for Winning at Slot Games

Hey there, fellow slot enthusiast! If you're reading this, chances are you're looking to level…

4 days ago

Typically the Growing Demand for Digital Marketing savvy

Hey there! If you've been considering diving into digital advertising, you're onto something significant. The…

4 days ago