[ad_1]
Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjalin kerjasama strategik dengan Gamuda Land bagi membina dua stesen pengecasan kenderaan elektrik yang berkuasa photo voltaic pertama di negara ini. Kedua-dua syarikat telah pun menandatangai perjanjian sefahaman (MoU) untuk membangunkan stesen EV, atau hab pengecasan, yang akan dijenamakan sebagai Electron.
Menurut Ketua Pegawai Strategi dan Enterprise TNB, Datuk Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan, stesen berkenaan akan dibina bagi projek pembangunan hartanah Gamuda Land di Gamuda Cove dan Taman Gamuda, kedua-duanya di Selangor. Ia dijangka dapat memberi perkhidmatan menjelang tahun 2025.
Stesen Electron ini akan dikuasakan oleh panel photo voltaic atas bumbung yang akan membantu mengimbangi elektrik daripada grid dan menyokong persekitaran yang lebih hijau. Tanpa mendedahkan perincian teknikal yang lebih spesifik, syarikat berkenaan berkata stesen terbabit boleh digunakan untuk kenderaan plug-in hybrid mahu pun elektrik sepenuhnya bagi semua jenama kenderaan yang mengeluarkannya, serta menyediakan pengecasan pantas DC serta AC.
Sama seperti stesen minyak, stesen Electron turut menyediakan kioks untuk membeli makanan dan minuman, bagi kemudahan para pelanggan sementara menantikan kenderaan mereka dicas.
Menurut kedua-dua syarikat terbabit, kerjasama ini juga akan memberi laluan ke arah meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia dan mencapai aspirasi pelepasan sifar bersih Malaysia menjelang 2050.
Hey there, festive folks! It is actually that time of year again when the atmosphere…
Before we begin the design process, why don't we discuss why custom identity cards are…
Hey there! Are you feeling a little bit overwhelmed with the entrance assessments coming up?…
Hey there, fellow slot enthusiast! If you're reading this, chances are you're looking to level…
Hey there! If you've been considering diving into digital advertising, you're onto something significant. The…
Hey there, fellow video game enthusiast! Have you heard about the hottest buzz in the…