Tata Motors sudah hasilkan 50,000 unit EV di India!

2

[ad_1]

Jika menyebut tentang Tata, pasti ramai daripada kita masih terbayang kenderaan-kenderaan berat seperti bas dan lori buatan India yang nampak seperti klon dari Mercedes-Benz bukan? Hakikatnya, Tata di India sudah jauh maju ke hadapan, dan semalam ia sudahpun meraikan produksi EV unit yang ke-50,000 di kilang Pune terletak di Pimpri-Chinchwad, India!

Unit EV yang ke-50,000 berkenaan adalah dari mannequin SUV kompak Nexon EV, salah satu dari tiga mannequin EV yang ditawarkan Tata termasuk hatchback kompak Tiago EV dan sedan kompak Tigor EV. Menurut Tata, pencapaian ini adalah hasil dari dasar tempatan yang menggalakkan, pendapat positif dari pelanggan sedia ada, pilihan produk yang praktikal, pengendalian dan pemanduan yang lebih baik serta kos pemilikan yang menarik.

“Sebagai perintis EV di negara ini, tanggungjawab memastikan kejayaan adaptasinya berada di atas kami. Dengan pelbagai produk yang ditentukur dengan baik, inisiatif yang kukuh untuk berhadapan dengan pengguna, kami telah dapat menangani halangan kepada penggunaan EV. Kami mencipta keseluruhan ekosistem EV bersama syarikat-syarikat Kumpulan Tata untuk menyediakan penyelesaian yang mudah dan kos efektif untuk pelanggan kami,” kata pengarah urusan Tata Motors Passenger Automobiles Ltd. dan Tata Passenger Electrical Mobility Ltd, Shailesh Chandra.

“Meraikan EV ke-50,000 di India adalah bukti kukuh bagaimana portfolio kami bergema kepada orang ramai di seluruh negara. EV menawarkan penyelesaian praktikal kepada masalah kenaikan harga bahan api dan pencemaran yang semakin teruk. Pelanggan kini bersedia untuk mengalu-alukan EV dan kami sangat teruja untuk menyaksikan peralihan daripada pengguna awal EV kini menjadi pilihan arus perdana untuk pelanggan India,” tambahnya lagi.

Ketiga-tiga mannequin EV Tata berkenaan diasaskan dari teknologi voltan tinggi Ziptron, yang didakwa telah terbukti bertahan dipandu sejauh 450 juta km merentasi permukaan bumi di India. Tata turut menawarkan kemaskini perisian untuk model-model yang telah dijual bagi “memperbaharui pengalaman pemanduan dan pemilikan” dari semasa ke semasa.

Untuk Tata Nexon EV ini, ia digerakkan dengan motor elektrik berkuasa 129 PS/245 Nm yang menerima kuasa dari bateri lithium-ion 320-volt dan 30.2 kWh yang didakwa Tata kalis air dan kalis debu dengan commonplace IP67. Tidak seperti kenderaan elektrik lain yang tidak mempunyai transmisi, Nexon EV diberikan kotak gear satu-kelajuan dengan nisbah akhir 9.1 yang akan mengalirkan kuasa putaran dari motor ke roda hadapan.

Ini membolehkan SUV tersebut memecut dari 0-100 km/j dalam masa 9.9 saat, manakala jarak geraknya pula adalah 300 km dengan satu cas bateri penuh. Dengan teknologi Ziptron, membolehkan fungsi cas cepat turut ditawarkan. Menurut Tata, ia hanya memerlukan masa 60 minit untuk menegcas bateri dari kosong sepenuhnya sehingga 80% menerusi sambungan IEC 62196 Kind 2 dengan teknologi berkenaan.

Ia turut boleh dicas menggunakan soket domestik 15A, tetapi perlu mengambil masa sehingga lapan jam bagi mengecas dari kadar 20% hingga 100% (sekitar 10% sejam). Pengecas AC onboard 3.3 kW pula dibekalkan secara commonplace.

Tata Nexon EV ditawarkan di India dalam tiga varian iaitu XM, XZ dan Lux, dijual pada harga bermula 15 Lakhs (1.5 juta rupee atau RM87k) hingga 17 Lakhs (1.7 juta rupee atau RM99k). Selepas ini Tata menyatakan bahawa ia akan fokus terhadap teknologi tiga-fasa untuk EV, dan merancang untuk melancarkan sebanyak 10 mannequin EV dalam masa 5 tahun.



[ad_2]
Source link