Categories: Automobile

TailG EBixon Daring dan Torq tiba di pasaran Malaysia – motosikal elektrik dengan harga bermula RM9,000

[ad_1]

Dua mannequin motosikal elektrik (EV) baru memasuki pasaran Malaysia, melalui syarikat Ni Hsin Assets Berhad, iaitu TailG EBixon Daring dan Torq. Tempahan kini sudah pun dibuka, pada harga masing-masing RM9,000 dan RM14,999, dengan penghantaran pertama kepada pelanggan dijangka berlaku awal tahun 2023.

Dua mannequin yang dihasilkan dengan kerjasama syarikat dari China, Dongguan Tailing Motor Car Co., Ltd, dan dipasang di Seri Kembangan, Selangor ini mensasarkan segmen penggunaan yang berbeza, iaitu Daring untuk kegunaan persendirian, sementara Torq pula untuk kerja-kerja komersial.

Kuasa penggerak Daring datang daripada dua bateri lithium 72V/22Ah dan kemudiannya disalurkan kepada motor brushless 72V berkemampuan 1.5 kW dan tork 35 Nm. Setiap satu bateri ini mempunyai berat 11 kg dan boleh dibawa keluar untuk dicas. Jarak gerak maksimum adalah sehingga 120 km manakala laju maksimum adalah 70 km/j.

Untuk mengecas, anda perlu menggunakan pengecas berasingan (off-vehicle charger) yang disambung kepada sumber domestik, dan masa yang diperlukan adalah antara dua hingga lapan jam. Berat keseluruhan Daring adalah 91 kg dan ia boleh menampung berat sehingga 252 kg, dengan suspensi terdiri daripada fork teleskopik dan dua penyerap hentak di belakang.

Kelengkapan lain yang terdapat pada Daring adalah termasuk rim 13 inci dengan tayar 130/60 di hadapan, rim 12 inci dengan tayar 120/70 di belakang, panel instrumen LCD, soket pengecas USB serta lampu jenis LED.

Pergi kepada Torq pula, ia mendapat bateri yang lebih besar, iaitu dua unit bateri lithium 72 volt 50 Ah, dengan berat masing-masing 23 kg. Dari bateri, kuasa disampaikan kepada motor elektrik berkemampuan 5 kW dan tork 74 Nm.

Pengecasan adalah sama seperti Daring, dan Torq dikatakan boleh memberi jarak gerak sehingga 200 km dan laju maksimum 90 km/j. Berat keseluruhan motosikal elektrik ini adalah 85 kg, dengan berat yang mampu ditampung sekitar 233 kg. Kedua-dua rimnya bersaiz 12 inci dan menggunakan tetapan brek cakera untuk hadapan dan belakang.

GALERI: Ni Hsin TailG EBixon Daring

GALERI: Ni Hsin TailG EBixon Torq

[ad_2]
Source link
admin

Recent Posts

Taxi Near Me: Your Guide to Quick, Reliable Local Transportation

When you need a convenient, safe, and reliable way to get around, searching for a…

10 hours ago

Going through the Benefits of Kava and Kratom

Before we discuss the benefits, let's familiarize ourselves with kava kava root powder and kratom.…

12 hours ago

From Manual to Automated: How Robotic Process Automation Services Can Take Your Business to the Next Level

In today's fast-paced business landscape, the pressure to stay ahead of the curve is relentless.…

2 days ago

The Science Behind Rainbow Cloudz Phenomenon

Hey there, cloud gazers and curious minds! If you've ever looked up at the sky…

3 days ago

Choosing the Right Area Rug Cleaning Service in North Indy: What to Know

Area rugs add warmth and beauty to any home but require regular maintenance to stay…

3 days ago

How a Dark Fiber Network Can Transform Your Communication Infrastructure

When you think of communication, imagine people, places, and machines all connecting to share messages,…

4 days ago