Subaru Impreza 2024 diperkenal – mannequin generasi keenam hanya dalam bentuk hatchback, RS 182 hp

7

[ad_1]

Subaru telah memperkenalkan Impreza 2024 di Los Angeles Auto Present, dengan kini mannequin generasi keenam tersebut ditawarkan dalam satu bentuk badan sahaja, iaitu hatchback lima pintu – sebelum ini ada versi sedan.

Dibina atas platform Subaru World Platform (SGP) yang diperbaharui, Impreza baru ini mempunyai ketegaran torsional 10% lebih kuat berbanding sebelum ini serta pelekat struktur tambahan (daripada 7.99 menjadi 30 meter). Menurut pengeluar tersebut, perubahan ini menghasilkan prestasi dinamik yang lebih baik, kualiti pemanduan lebih lancar dan kabin lebih senyap.

Bagi aspek penggayaan, Impreza baru ini mempunyai penampilan hampir seperti Crosstrek, tetapi tanpa ciri-ciri SUV seperti panel kemasan tambahan di bahagian bawah dan lengkuk roda, serta kedudukan yang tinggi. Perbezaan lain adalah termasuk kemasan gril serta bampar yang lebih ringkas, bersama lampu kabus berbentuk bulat.

Di belakang, ia juga menggunakan lampu dengan pencahayaan berbentuk C, sementara di dalam, keadaannya adalah sama sahaja seperti Crosstrek, bersama sistem infotainmen dengan skrin sesentuh Starlink 11.6 inci di tengah papan pemuka.

Tiga varian ditawarkan iaitu Base, Sport dan RS (tambahan baru), dan semuanya datang customary dengan pakej keselamatan dan bantuan pemandu Subaru EyeSight. Subaru memberitahu, antara penambah baikan yang dibuat adalah termasuk sudut pandangan lebih luas, perisian kawalan yang dikemas kini serta tambahan booster brek elektronik untuk menjadikan operasi sistem lebih lancar, cepat dan lebih lagi kepelbagaian keadaan.

Semua varian Impreza baru ini juga mendapat lampu penyambut, sistem pemerhati tekanan angin tayar, pengawal suhu dua zon serta tempat duduk belakang boleh lipat 60:40. Varian Sport mendapat tambahan skrin infotainmen menegak dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, sistem masuk dan mula tanpa kunci serta lampu kabus.

Pergi pula kepada varian RS paling tinggi, pelanggan akan menerima tempat duduk pemandu larasan kuasa 10 arah dengan sokongan belakang, rim 18 inci warna kelabu gelap, kemasan dalam warna hitam, lampu utama LED yang dinaik taraf serta lampu kabus LED.

Bahagian dalam varian RS juga menampilkan kemasan warna gunmetal serta ala gentian karbon, tempat duduk sport dengan balutan fabrik hitam/merah, pedal aluminium, tempat duduk dengan fungsi pemanas, soket pengecas USB belakang serta lapik kaki khas. Kelebihan lain varian ini adalah sistem Blind-Spot Detection dengan Lane Hold Help dan Rear Cross-Site visitors Alert, serta sistem bunyi Harman Kardon 10 pembesar suara.

Varian RS ini dianggap sebagai peringatan semula kepada Impreza 2.5RS yang ditawarkan di Amerika Syarikat pada hujung tahun 90-an, tetapi mannequin baru ini tidak ditawarkan dengan transmisi handbook. Ia bagaimanapun cuma disediakan dengan transmisi Lineartronic CVT lapan kelajuan maya, dengan pedal penukar gear di tangan.

RS juga menjadi satu-satunya varian yang menerima enjin boxer empat silinder 2.5L NA sama seperti Crosstrek, Forester, Legacy dan Outback, dengan kuasa 182 hp (185 PS) dan tork 241 Nm. Varian lain pula menggunakan enjin sama seperti sebelum ini, iaitu boxer 2.0L berkuasa 152 hp (154 PS) dan 197 Nm.

Sistem pacuan Symmetrical All-Wheel Drive adalah customary untuk semua, dan ditambah baik dengan Lively Torque Vectoring. Varian Sport dan RS juga mendapat sistem pengurusan prestasi SI-Drive serta suspensi talaan sport. Subaru juga memberitahu bahawa Impreza 2024 ini mempunyai rak stereng elektronik dual-pinion yang dapat memberikan rasa lebih pure dan respon lebih baik.



[ad_2]
Source link