SPYSHOT: Yamaha Sirius Fi sedang diuji di Malaysia – HLYM sedang cari calon untuk ganti Lagenda 115Z?

1

[ad_1]

Motosikal serba hitam yang anda lihat dalam gambar ini mungkin boleh jadi mannequin seterusnya yang akan diperkenalkan oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM). Ia kelihatan sama seperti Sirius Fi yang dijual di Vietnam, dan ditemui oleh pembaca kami, Aswad Ali di Lebuh Raya Utara Selatan, keluar dari Sungai Buloh (lokasi kilang HLYM).

Di Vietnam, Sirius Fi disediakan sebagai antara mannequin paling murah dengan harga bermula 21 juta dong (RM4,069), hinggalah 23.8 juta dong (RM4,611). Versi paling asas menggunakan brek hadapan dan belakang jenis dram serta rim spoked, sementara versi lebih tinggi menggunakan brek cakera di hadapan serta rim aluminium (tiada ABS atau CBS).

Mannequin yang ditemui di Malaysia ini adalah versi lebih tinggi, dengan dilihat terdapat brek cakera di hadapan dan menggunakan rim aluminium. Berbeza dengan mannequin Vietnam yang mempunyai fender belakang lebih bersih serta lampu penunjuk arah bersepadu dalam satu unit pada lampu belakng, mannequin yang ditemui di Malaysia ini pula menggunakan lampu penunjuk arah di fender dan ini juga seakan memberi petunjuk ia sudah bersedia untuk homologasi di negara kita.

Enjin Sirius Fi sebenarnya sama sahaja seperti Lagenda 115Z yang dijual di negara kita, iaitu unit satu silinder SOHC suntikan bahan api 113.7 cc berkuasa 8.7 PS pada 7,000 rpm dan tork 9.5 Nm pada 5,500 rpm, dipadankan bersama transmisi empat kelajuan tanpa tuil klac tangan.

Kelengkapan pada Sirius Fi adalah ringkas sahaja, dan ini termasuk lampu jenis halogen serta meter jenis analog (masih ada memaparkan kedudukan gear, laju serta tahap minyak). Walaubagaimanapun, satu keistimewaannya, ia boleh memuatkan sebuah helmet di bawah tempat duduk.

Jika betul HLYM mahu membawa mannequin ini sebagai pengganti Lagenda 115Z yang sudah terlalu lama di pasaran, adakah anda bersetuju? Tidakkan anda rasa rekaannya terlalu hambar untuk pengguna kita?

GALERI: Yamaha Sirius Fi 2022 pasaran Vietnam



[ad_2]
Source link