Seorang rakyat M’sia kena bayar 99k baht gara-gara beraksi drift di Hatyai menyebabkan 4 kenderaan rosak
[ad_1]
Seorang rakyat Malaysia terpaksa membayar ganti rugi hampir 100,000 baht (RM12,438) kepada empat pemilik kenderaan di di sebuah kem gajah, Chang Puak Camp, Hatyai, Thailand gara-gara melakukan aksi drift di tempat letak kereta di daerah berkenaan.
Pemandu berusia 32 tahun yang membawa jentera BMW M2 itu membuat aksi drift di tempat letak berkenaan pada Jumaat lalu, hingga menyebabkan sebuah kereta dan tiga lagi tuk-tuk yang berada tempat letak kereta mengalami kerosakan termasuk cermin pecah dan calar pada kereta dan tuk-tuk, laporan Bangkok Put up.
Selepas melakukan enam pusingan drift, pemandu berkenaan terus meninggalkan tempat parkir terbabit tanpa menyedari tindakannya telah merosakkan kenderaan berkenaan.
Menurut Ketua Polis Pelancong Hatyai Leftenan Kolonel Anuwat Rithichai, pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan itu membuat laporan polis pada hari yang sama.
“Polis berjaya mengesan kenderaan yang dibawa lelaki warga Malaysia itu di Kompleks Imigresen, Kastam, dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand kira-kira 6 petang Sabtu lalu. Pemandu itu bersama isterinya telah dibawa ke balai polis untuk bertemu dengan pemilik kenderaan yang terjejas,” katanya.
Tambah beliau, pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan tersebut pada mulanya menuntut sejumlah 107,000 baht sebagai ganti rugi. Namun selepas berunding, kedua-dua pihak bersetuju pemandu berkenaan membayar ganti rugi sebanyak 99,000 baht kepada empat pemilik kenderaan terbabit.
Menurut lelaki berkenaan, dia membuat aksi drift atas permintaan seorang kakitangan wanita di tempat tumpuan pelancongan berkenaan tanpa menyedari ia telah menyebabkan kerosakan pada kenderaan lain. Dalam masa yang sama, dia juga turut memohon maaf kepada pemilik kenderaan yang terlibat.
[ad_2]
Source link