Speedy KL sediakan perkhidmatan bas untuk perlumbaan MotoGP 2022 pada 21-23 Okt ini

15

[ad_1]

MotoGP bakal kembali dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas ia ‘direhatkan’ akibat penularan Covid-19. Bakal dianjurkan pada 21 hingga 23 Oktober ini, perlumbaan Petronas Grand Prix 2022, bagi gelaran di Malaysia ini, ditaja oleh Petronas (selepas mengambil alih tajaan daripada Shell). Malaysia bakal menjadi hos bagi FIM MotoGP World Championship sehingga 2024 selepas SIC menandatangani kontrak baharu dengan Dorna Sports activities.

Bagi anda yang merancang untuk menonton perlumbaan ini di hadapan mata, dan malas mahu memandu ke SIC, jangan bimbang, Speedy KL turut menawarkan perkhidmatan bas dari/ke bandaraya ke/dari Sepang, dan tiket telah mula dijual sejak 6 Oktober lalu.

Bas terbabit akan mengambil penumpang dari KLCC dan KL Sentral, serta KLIA2. Tiket untuk kedua-dua stesen pengambilan berharga RM20 untuk perjalanan sehala dan RM35 untuk pergi-balik. Manakala jika dari KLIA2, tiketnya hanyalah RM12 sehala.

Klik untuk besarkan

Untuk ketiga-tiga hari tersebut, bas pertama akan bergerak dari bandaraya pada jam 8 pagi, sementara bas terakhir pula akan ke Sepang pada jam 1 tengahari. Untuk perjalanan pulang ke KL dari Sepang, bas pertama akan bergerak pada 4 petang dan bas terakhir pula pada 7 malam. Kekerapan ketibaan bas adalah setiap 30 minit.

Untuk yang membeli tiket perjalanan, bagi stesen KLCC, anda boleh menunggu bas ini di perhentian bas di Jalan Ampang, berhadapan dengan Avenue Okay. Manakala bagi stesen KL Sentral, perhentiannya ialah berdekatan dengan Balai Ketibaan ERL berhadapan dengan Sooka Sentral. Untuk KLIA2 pula, tunggu di Pintu 3 di hab pengangkutan Tingkat 1.

Tiket KL-SIC sudah boleh dibeli di stesen LRT utama (KLCC, KL Sentral, Masjid Jamek, Pasar Seni) dan juga kaunter kad konsesi Pasar Seni. Manakala tiket KLIA2-SIC pula akan dijual pada minggu perlumbaan iaitu di Kaunter 10 di hab pengangkutan.



[ad_2]
Source link