Categories: Automobile

Radar RD6 – trak pikap elektrik dari Geely dilancar di China, bermula RM116k, jarak gerak sehingga 632 km

[ad_1]

Setelah didedahkan Julai lalu, kini trak pikap elektrik RD6 yang dihasilkan oleh satu lagi jenama EV di bawah payung Geely Auto Group iaitu Radar telah dilancarkan secara rasmi di China. Menurut laporan CarNewsChina, mannequin ini dijual pada harga bermula 178,800 yuan (RM116k) sehingga 268,800 yuan (RM171k), dan diberikan waranti selama 4 tahun atau 100,000 km.

Trak pikap ini dibangunkan berasaskan platform modular untuk kenderaan elektrik terbaharu dari Geely iaitu Sustainable Expertise Structure (SEA). Seperti yang pernah diumumkan sebelum ini, platform SEA berkenaan mampu menghasilkan pelbagai kenderaan dari saiz sekecil segmen-A sehingga mannequin mewah segmen-F, dan juga mannequin lain seperti kereta sport dan juga kenderaan komersil. Ia sebelum ini sudah pun digunakan pada Taking pictures Brake EV Zeekr 001 dan juga kereta kompak Sensible #1, membuktikan versatiliti platform tersebut.

Ia dihasilkan dengan dimensi 5,260 mm panjang, 1,900 mm lebar, 1,830 mm tinggi serta jarak roda sejauh 3,120 mm. Jadi trak pikap EV ini sebenarnya mempunyai saiz yang hampir sama dengan Toyota Hilux yang tampil dengan dimensi 5,325 mm panjang, 1,900 mm lebar, 1,815 mm tinggi dan jarak roda 3,085 mm.

Rupa keseluruhan Radar RD6 ini dihasilkan oleh pusat rekaan Geely Group Britain, memberikan ‘perisa British’ pada trak pikap ini. Pada bahagian muka, ia diberikan lampu hadapan yang kelihatan agak sama dengan lampu dari SUV Geely Haoyue (bakal dijelmakan sebagai Proton X90), tetapi digandingkan dengan gril hadapan yang lebih kecil.

Bampar hadapannya pula diberikan dua liang udara sisi palsu dengan rekaan tipikal model-model Geely lain (juga seiras dengan rekaan liang udara Geely Boyue/Proton X70), serta turut dengan kemasan skid plate berwarna perak yang kelihatan agak besar pada bahagian bawah.

Skrip ‘RADAR’ pula ditampal pada bahagian hujung penutup however hadapan dengan gaya seperti SUV dari Vary Rover, dan lencana yang sama turut diletakkan pada bahagian kedua-dua pintu hadapan.

Pada bahagian sisi, RD6 ini menampilkan rekaan yang ringkas dengan bahagian perumah roda dijelaskan menerusi garis lekuk di atasnya, sementara port mengecas diletakkan pada sebelah sisi kanan mattress belakang. Tidak seperti trak pikap lain yang cenderung diberikan lampu belakang menegak, RD6 ini nampaknya diberikan lampu belakang tirus melintang dengan konfigurasi “2-piece”.

Untuk unit rangkaian kuasa, malangnya RD6 hanya diberikan motor tunggal berkuasa 272 hp (200 kW) diletakkan pada gandar belakang – ini bermakna sistem berkenaan hanya akan memacu roda belakang, tanpa sistem pacuan semua roda yang diperlukan untuk pemanduan off-road. Namun tidak mustahil versi untuk motor berkembar AWD tidak mustahil bakal diperkenalkan selepas ini kerana platform SEA memang direka untuk menempatkan konfigurasi sedemikian.

Walaupun hanya diberikan sebuah motor elektrik, ia sudah cukup untuk memberikan pecutan 0-100 km sekitar 6 saat pada trak pikap ini. Motor berkenaan disuap dengan kuasa elektrik yang dibekalkan dari bateri LFP 63 kWj untuk varian asas, memberikan jarak gerak 400 km. Varian pertengahan menerima bateri NMC 86 kWj untuk jarak gerak 550 km, dan varian paling mahal diberikan bateri NMC 100 kWj untuk jarak gerak 632 km.

Radar RD6 ini turut boleh dijadikan “powerbank gergasi” dengan enam port kuasa berbeza diletakkan pada mattress belakang bagi membekalkan kuasa sehingga 2,000 watt. Ini membolehkan ia membekalkan kuasa elektrik kepada pelbagai kelengkapan elektrik sama ada untuk membuat kerja ataupun berkhemah. Menurut Radar, port kuasa ini mampu mengoperasikan sehingga 5 pendingin hawa rumah!

Bahagian kabin trak pikap ini juga dilihat menggunakan banyak komponen yang dikongsi bersama Geely Haoyue/Proton X90. Ia termasuk papan pemuka, roda stereng, paparan instrumen dan skrin infotaimen (kedua-duanya bersaiz 12.3-inci), corong penghembus, konsol terowong dan panel pintu.

Yang nampak berbeza adalah tombol gear di mana RD6 diberikan tombol melintang, dan Haoyue pula diberikan tombol sama seperti Binyue/X70. Antara peincian lain yang diberikan pada kabin Radar RD6 ini termasuk lampu suasana 72-warna, paparan head-up, dan juga sistem arahan suara.

Jika Geometry merupakan jenama EV Geely untuk pasaran biasa dan Zeekr pula adalah jenama EV untuk segmen premium, Radar Auto merupakan jenama EV yang menghasilkan model-model gaya hidup out of doors. Trak pikap RD6 ini merupakan produk produksi pertama dari Radar, dan selepas ini ia akan diikuti empat mannequin lain termasuk SUV, trak pikap lebih kecil, SUV besar dan juga ATV.

[ad_2]
Source link
admin

Recent Posts

Basement Waterproofing with Epoxy Flooring: A Must-Have for Murrieta Homeowners

Basement waterproofing is a critical account for homeowners in Murrieta, CA, and for good reason.…

15 hours ago

Studying the World of Terong123 Games

Here you are in the thrilling universe of Terong123 Games! Imagine walking into a realm…

2 days ago

Unique Home Decor Shops in Fort Worth

Hello to both Fort Worth locals and those just passing through! If your living space…

2 days ago

The Fascinating World of Long-Necked Cats

First, let's clarify what we mean by "long-necked cats." We're talking about decorative figurines or…

3 days ago

Tips for Winning the Cambodia Lottery

Hey there! So, you're interested in trying your luck with the Cambodia Lottery. Well, you're…

3 days ago

The Evolution of QQKuda Slot Machines

Typically, the journey of slot machines started in the vibrant era of the late 19th…

3 days ago