PRU15 pada 19 Nov – sila semak stesen mengundi anda, waktu yang digalakkan menerusi MySPR Semak
[ad_1]
Pasti semua mengetahui bahawa 19 November 2022 telah diumumkan sebagai tarikh bakal berlangsungnya Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15), lebih kurang dua minggu saja lagi. Tapi sudahkan anda menyemak stesen mengundi anda? jika belum, anda boleh semak menerusi laman internet MySPR Semak untuk mengetahui stesen mengundi anda.
Bukan itu sahaja, kini MySPR Semak juga menunjukkan masa yang digalakkan untuk keluar mengundi, seperti yang ditunjukkan pada foto di bawah ini. Jadi lebih mudah buat anda merancang masa untuk keluar mengundi pada tarikg berkenaan. Menerusi jadual yang dipaparkan, selain daripada stesen mengundi, maklumat DUN/Parlimen, ada juga disediakan butang untuk anda menyimpan maklumat berkenaan dalam bentuk tender copy untuk rujukan anda.
Selain itu, bagi anda yang mengundi di luar kawasan tempat anda bermastautin, mungkin di kampung halaman, pastikan anda memeriksa kondisi kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan. Jika kenderaan anda menghampiri tempoh servis yang berikutnya, anda boleh berbuat demikian sebelum balik mengundi.
Atau pun, jika tempoh servis masih lambat lagi, jangan lupa untuk periksa minyak enjin, keadaan pad brek, radiator dan coolant – pastikan semuanya berada pada tahap yang baik. Jika ada sebarang kerosakan, masih sempat untuk diperbaiki agar ia tidak menganggu kelancaran perjalanan anda kelak.
Jangan lupa juga untuk memeriksa kondisi bateri dan tayar kenderaan. Jika ia perlu ditukar, jangan kedekut duit untuk menukarkannya demi keselamatan anda juga. Jika tayar masih berada dalam kondisi baik, anda mungkin boleh melakukan penjajaran ( alignment) dan pengimbangan (balancing), serta jangan lupa pam tayar juga (jika diperlukan). Sekarang ini pula musim hujan, jadi bab tayar sangat penting dan perlu dititikberatkan atas dasar keselamatan bersama.
Dan jangan lupa juga untuk pastikan kad tambah nilai Contact ‘n Go atau e-wallet masih berbaki dan mencukupi untuk membayar tol. Sila rancang perjalanan anda, pastikan kesihatan ‘mengizinkan’ untuk anda memandu, amalkan pemanduan berhemah dan berhati-hatilah di jalan raya.
[ad_2]
Source link