Categories: Automobile

Prototaip cafe racer RE-EV oleh MIMOS, Modenas dan UniMAP — motosikal hibrid pertama Malaysia?

[ad_1]

Semalam, ketika pelancaran dua mannequin motosikal EV oleh Ni Hsin Assets Berhad, iaitu TailG EBixon Daring dan Torq, ada sebuah rekaan motosikal cafe racer EV turut dipamerkan. Itu merupakan rekaan prototaip motosikal yang dihasilkan oleh MIMOS, yang diberi nama RE-EV.

Kenapa motosikal ini ada di sana? Kerana, pihak Ni Hsin Assets Berhad berminat dengan rekaan RE-EV ini dan telah menandatangani perjanjian untuk bekerjasama dalam pembangunan R&D motosikal EV di Malaysia. Tapi itu cerita lainlah. Oh ya, ini juga adalah hasil kerja pasukan yang disertai oleh Saharudin Busri, nama yang bukan asing lagi dan kerap kami paparkan di paultan.org.

Kita tengok dulu prototaip motosikal yang sudah sedia ada ini. Projek berkenaan adalah hasil usahasama antara MIMOS, Modenas dan UniMAP. Pecahan peranannya adalah seperti berikut: MIMOS bertanggungjawab untuk menghasilkan sebuah rekaan dan penggayaan, mannequin rekaan 3D (dalam kes ini kita dapat lihat ia tampil sebagai sebuah cafe racer); sementara Modenas pula menghasilkan unit prototaipnya, manakala UniMAP menjalankan kerja-kerja kaji selik dan simulasi.

Jelas daripada namanya, RE-EV merupakan Vary Prolonged Electrical Automobile yang memanfaatkan kedua-dua enjin petrol dan juga bateri (seperti kenderanaan dengan sistem hibrid lainnya) untuk memberikan julat jarak perjalanan dan penjimatan yang lebih baik. Prototaip bergerak dan berfungsi ini dilengkapi dua unit bateri, yang mana setiap satu daripadanya memberikan jarak sekitar 100 km.

Namun, berdasarkan ujian yang pernah dilakukan, satu tangki penuh petrol dan bateri penuh, ia memberikan bacaan jarak mencecah 330 km. Bateri lithium-ion yang digunakan pula direka supaya boleh ditukar terus jika perlu, dan motosikal ini juga boleh saja bergerak menggunakan enjin petrol seperti biasa sekiranya bateri habis kuasa — tak ada masalah untuk jalan jauh.

Ketika ini, telah dibangunkan dua unit prototaip RE-EV: sebuah ada di UniMAP dan sebuah lagi di MIMOS. Boleh agak asas motosikal yang digunakan untuk prototaip ini? Disebabkan prototaipnya dibangunkan oleh Modenas, dan mengambil kira gaya cafe racer yang ditampilkan ini, casis atau kerangka asas yang digunakan ialah dari Modenas Jaguh. Casis berkenaan kemudiannya disesuaikan dengan sistem penjana hibrid aftermarket yang digunakan untuk menghasilkan prototaip tersebut. Projek berkenaan memakan masa lebih setahun untuk dijadikan kenyataan.

Dalam satu kenyataan oleh MIMOS sebelum ini seperti dilaporkan oleh The Star, projek ini dijalankan di bawah Excessive Worth-Added and Advanced Product Growth Programme (HVA), yang merupakan sebuah usaha kerajaan untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan sektor pengilangan dalam membangunkan produk berkualiti tinggi dengan nilai tambah yang juga tinggi.

Harapnya, kita semua dapat lihat motosikal ini dikilangkan dan dipasarkan sebagai sebuah motosikal produksi dengan teknologi hibrid yang menampilkan rekaan dan kejuruteraan anak Malaysia sendiri. Ramai yang berminat?

[ad_2]
Source link
admin

Recent Posts

The way to select the Right Men’s Fragrance

Just before diving into the best summer season or winter perfumes you can be proud…

1 hour ago

Glenohumeral joint Posture Bra: User Reviews along with Insights

Hey there! Ever believed that you're constantly battling a losing battle towards poor posture? Or…

22 hours ago

Important things about Turnkey Repairs for Home owners

Before we discuss the benefits, let's start with the basic principles. Turnkey repairs are like…

1 day ago

Exploring Madrid’s Art Scene: Upcoming Exhibitions

Madrid is a city that pulses with creativity and aesthetic flair. Its streets are usually…

1 day ago

Curacao Gaming License: A Comprehensive Manual

Hey there! So, you're thinking about scuba diving into the world of online game playing,…

1 day ago

Choosing the Perfect Kitchen Countertop in Toronto

Hey, Torontonians! If you're diving into a kitchen renovation and find yourself scratching your head…

3 days ago