Categories: Automobile

Proton akan hasilkan EV pada 2027 – perlu 5 tahun untuk hasilkan EV mampu milik, mudah selenggara

[ad_1]

Naib CEO Proton Roslan Abdullah mengumumkan bahawa syarikatnya kini sedang memperkasakan kemampuannya dalam segmen kenderaan elektrik penuh (EV) dan merancang untuk memproduksi EV dengan jenama sendiri menjelang 2027.

Menurutnya dalam laporan Bernama, Proton kini sedang berbincang dengan pihak-pihak yang berpotensi untuk menjadi rakan kerjasama bagi projek berkenaan, kerana ia tidak boleh terus menghasilkan EV tanpa memahami cara menjual dan memasarkan kenderaan dalam segmen itu.

Beliau turut menyatakan bahawa Proton sudahpun memulakan pelan hala tuju untuk EV sejak 10 tahun lalu, namun ia tidak boleh diteruskan kerana permintaan pasaran dan teknologi yang rendah.

“Lima tahun akan datang (sehingga 2027) akan memberi kami masa yang mencukupi untuk menentukan teknologi yang paling boleh diterima, mudah diselenggara, dan mampu dimiliki oleh pengguna dan kami,” katanya selepas perbincangan panel dalam acara Make investments Malaysia Siries 2 bertajuk ” The Highway to EV” hari ini.

Roslan menambah, buat masa sekarang Proton sedang menimba lebih banyak pengalaman melalui kerjasama dengan Sensible Car Co Ltd sebagai pengedar baharu Proton di Malaysia dan Thailand, sebelum ia menghasilkan EV dengan jenamanya sendiri.

Sasaran Proton untuk menghasilkan EV sendiri pada 2027 adalah selari dengan artikel penyelidikan yang diterbitkan oleh Hong Leong Funding Financial institution (HLIB) awal tahun ini. Laporan tersebut menyebut bahawa Proton akan mengambil langkah awal untuk masuk ke segmen hibrid terlebih dahulu sebelum masuk ke segmen EV pada 2027.

September lalu, Proton telah mewujudkan anak syarikat baharu diberi nama Proton New Power Know-how (Professional-Internet) bagi menguruskan jualan dan pengedaran untuk EV jenama sensible dan juga kenderaan-kenderaan tenaga baharu (NEV) jenamanya sendiri yang bakal ditawarkan pada masa hadapan.

Malah sebelum ini, Roslan turut ada menyatakan bahawa 16 juruteranya akan dihantar ke China selama enam bulan untuk dilatih dalam R&D, menguji prestasi kenderaan, homologasi dan pelbagai ujian dengan tujuan untuk membina dan menjual NEV.

[ad_2]
Source link
admin

Recent Posts

The way to select the Right Men’s Fragrance

Just before diving into the best summer season or winter perfumes you can be proud…

3 days ago

Glenohumeral joint Posture Bra: User Reviews along with Insights

Hey there! Ever believed that you're constantly battling a losing battle towards poor posture? Or…

4 days ago

Important things about Turnkey Repairs for Home owners

Before we discuss the benefits, let's start with the basic principles. Turnkey repairs are like…

4 days ago

Exploring Madrid’s Art Scene: Upcoming Exhibitions

Madrid is a city that pulses with creativity and aesthetic flair. Its streets are usually…

4 days ago

Curacao Gaming License: A Comprehensive Manual

Hey there! So, you're thinking about scuba diving into the world of online game playing,…

4 days ago

Choosing the Perfect Kitchen Countertop in Toronto

Hey, Torontonians! If you're diving into a kitchen renovation and find yourself scratching your head…

5 days ago