Categories: Automobile

Proton akan buka pusat alat ganti serantau di Kuching; jualan naik di Sabah, Sarawak selepas ada mannequin SUV

[ad_1]

Proton hari ini mengumumkan bahawa ia bakal membuka satu lagi Pusat Alat Ganti Serantau (RPC) baharu di Kuching, Sarawak. Menurut jenama automotif nasional tersebut, langkah itu diambil bagi memenuhi permintaan pelanggan di Malaysia Timur yang kini semakin meningkat.

Syarikat itu menyatakan bahawa fasiliti seluas 28,000 kaki persegi berkenaan mempunyai lebih daripada tiga kali ganda kapasiti penyimpanan daripada setor sebelumnya dan akan berfungsi sebagai pusat pengedaran alat ganti untuk bahagian dan komponen selepas jualan bagi Sabah dan Sarawak.

“Proton dengan sukacitanya mengumumkan RPC baharu kami di Kuching hampir siap. Ia direka untuk memenuhi keperluan pengedar kami dan pelanggan mereka di Malaysia Timur dan mengurangkan masa menunggu untuk alat ganti di rantau di mana logistiknya agak mencabar. Setelah siap, kami akan mempunyai keupayaan untuk menyimpan sehingga tiga bulan stok, malah boleh juga menerima penghantaran terus alat ganti daripada vendor luar negara,” kata Roslan Abdullah, Timbalan CEO Proton.

Selain daripada peningkatan ruang dan keupayaan untuk mengendalikan penghantaran terus alat ganti, RPC baharu juga akan dapat menyimpan sehingga enam kontena, membolehkannya menerima pelbagai tempahan serentak, dakwa Proton. Ia juga akan dapat mengendalikan peningkatan daya pengeluaran, mengurangkan masa yang diperlukan untuk memproses dan menghantar pesanan ke pusat servis/pengedaran.

“Kami menjangkakan untuk melihat peningkatan ketara dalam masa menunggu untuk pembaikian kenderaan kemalangan. Sebagai tambahan kepada tiga bulan stok yang dipegang di RPC, pengedar kami juga dikehendaki mempunyai stok bahagian penyelenggaraan selama tiga bulan.

“Ini adalah contoh usaha Proton untuk terus menambah baik perkhidmatan selepas jualan bagi memberikan tahap kepuasan pelanggan yang tertinggi. Kami faham mungkin ramai yang berhati-hati, tetapi saya ingin meyakinkan pemilik semasa dan akan datang, alat ganti tersedia untuk Proton baharu anda”, tambah Roslan Abdullah.

Proton turut menyatakan bahawa pelanggannya di Malaysia Timur semakin bertambah secara progresif sejak 2019 selepas ia melancarkan model-model SUV, bermula dengan pelancaran Proton X70 pada 12 Disember 2018.

“Jumlah jualan di rantau ini telah meningkat sebanyak 120% dari tahun 2018 hingga tahun 2021, dan dengan angka tempahan yang sihat pada tahun 2022, syarikat menjangkakan pertumbuhan sebanyak 20% lagi dalam jualan tahun ke tahun. Sehingga akhir bulan Oktober, Proton telah menyerahkan 115,366 unit kenderaan setakat tahun ini, menunjukkan peningkatan sebanyak 33.6% setakat ini untuk sepuluh bulan pertama tahun 2022,” tulis Proton dalam kenyataan yang dikeluarkan.

“Bagi pembeli kereta di Malaysia Timur, Proton Saga kekal sebagai mannequin paling widespread kami, diikuti dengan Proton X50. Tahun lepas, kami menjual 8,692 unit Proton Saga dan 2,934 unit Proton X50 dan berdasarkan pattern tempahan semasa, kami meramalkan jualan masing-masing akan melebihi 10,000 dan 4,200 unit,” kata Roslan Abdullah.

[ad_2]
Source link
admin

Recent Posts

Taxi Near Me: Your Guide to Quick, Reliable Local Transportation

When you need a convenient, safe, and reliable way to get around, searching for a…

12 hours ago

Going through the Benefits of Kava and Kratom

Before we discuss the benefits, let's familiarize ourselves with kava kava root powder and kratom.…

15 hours ago

From Manual to Automated: How Robotic Process Automation Services Can Take Your Business to the Next Level

In today's fast-paced business landscape, the pressure to stay ahead of the curve is relentless.…

2 days ago

The Science Behind Rainbow Cloudz Phenomenon

Hey there, cloud gazers and curious minds! If you've ever looked up at the sky…

3 days ago

Choosing the Right Area Rug Cleaning Service in North Indy: What to Know

Area rugs add warmth and beauty to any home but require regular maintenance to stay…

4 days ago

How a Dark Fiber Network Can Transform Your Communication Infrastructure

When you think of communication, imagine people, places, and machines all connecting to share messages,…

4 days ago