Categories: Automobile

Program langganan Perodua Ativa Hybrid dilancarkan — 300 unit Rocky Hybrid CBU, RM500 sebulan/5 tahun

[ad_1]

Selepas disahkan sendiri oleh Perodua bulan lalu, syarikat itu kini dengan rasminya melancarkan program langganan Ativa Hybrid di sini. Ia disifatkan sebagai sebuah “kajian kenderaan elektrik” serta “kajian mobiliti dan pasaran servis jangka panjang” melibatkan 300 orang.

Ada dua perkara yang ingin diperhatikan oleh syarikat itu. Pertama, untuk memahami perilaku pemanduan berkumpulan bagi kenderaan hibrid di lokasi tertentu melibatkan Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Kedua, untuk memahami penerimaan pelanggan terhadap servis langganan lima-tahun; seperti yang ditawarkan oleh Perodua untuk pelanggan korporat di bawah cabang EZ MOBi, yang diperkenalkan sejak Januari 2021.

“Perodua Ativa Hybrid akan menjadi kenderaan terbaik untuk kami mendapatkan maklumat unik tentang perilaku pengguna di Malaysia melalui sebuah kumpulan tertutup. Knowledge ini kemudiannya akan digunakan untuk menjangkakan keperluan pelanggan kami ketika menggunakan kenderaan elektrik,” jelas Presiden dan CEO Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha MITI, Datuk Seri Lokman Hakim Ali dan Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin serta Pengerusi Daihatsu Motor Co, Sunao Matsubayashi.

Zainal berkata, program percumaan ini turut akan membolehkan Perodua untuk menilai tahap penerimaan pelanggan terhadap program langganan jangka panjang sebagai alternatif kepada kaedah jual-beli kenderaan yang biasa.

“Kami percaya bahawa pemilikan kenderaan masih akan menjadi sumber pendapatan utama kami. Tetapi, ada juga kemungkinan lain yang boleh ditawarkan oleh mannequin perniagaan langganan kenderaan ini yang mungkin akan diterima oleh lebih ramai orang di masa mendatang. Ini apa yang kami maksudkan sebagai ‘langganan’ — sebuah servis yang mana semua urusam melibatkan pemilikan kenderaan — seperti servis perjadual, membayar insurans dan cukai jalan — akan diuruskan semuanya oleh kami. Apa yang perlu dilakukan oleh pelanggan hanyalah membayar langganan untuk menikmati pakej itu,” jelasnya.

Peserta bagi program ini perlu membayar pendahuluan sebanyak RM2,150, diikuti dengan yuran langganan bulanan sebanyak RM500. Penyelenggaraan, insurans dan cukai jalan akan ditanggung oleh Perodua, memandangkan Ativa Hybrid ini didaftarkan di bawah syarikat, bukan di bawah nama pelanggan.

Ia merupakan komitmen lima-tahun dengan had jarak bagi tempoh berkenaan adalah 100,000 km, dengan purata 20,000 km setahun atau 1,666 km sebulan. Di hujung tempoh berkenaan, jumlah keseluruhan yang akan di bayar kepad Perodua adalah RM32,150. Peserta perlu memulangkan kereta terbabit kepada Perodua selepas lima tahun.

Ini tawaran yang menarik? Memang, RM500 sebulan itu dikira agak rendah, terutamanya jika mengambil kira kos lain yang dinyatakan itu. Baik atau buruk pendekatan seperti ini sebenarnya bergantung kepada bagaimana anda melihat soal pemilikan kenderaan. Semua 300 unit Ativa Hybrid ini telahpun diperuntukkan kepada peserta, dipilih daripada 600 permohonan yang diterima oleh Perodua.

Seperti dinyatakan, ini bertujuan untuk kajian dan bukanlah program langganan komersial (misalnya seperti yang ditawarkan oleh Renault di sini). Oleh itu, peserta juga perlu bersetuju untuk kenderaan mereka dipasangkan sistem telematik GPS. Ini bagi membolehkan Perodua mengumpulkan knowledge dan corak penggunaan serta tabiat memandu. Pelanggan juga perlu menghantar laporan kepada Perodua.

Bagi unit yang digunakan pula, ia merupakan unit CBU Daihatsu Rocky Hybrid, tetapi dengan lencana Perodua di depan, belakang dan di stereng. Lencana ini dipasangkan di Jepun, sebelum semua unitnya dihantar ke Malaysia untuk tujuan ini.

Dilancarkan di Jepun pada November 2021, Rocky e-Good Hybrid dikuasakan oleh motor elektrik 106 PS/170 Nm yang diganding bersama enjin WA-VEX 1.2 liter kitaran Atkinson tiga-silinder dengan 82 PS/105 Nm. Enjin berkenaan bertindak sebagai generator, dan kereta ini berfungsi sama seperti unit kenderaan elektrik vary extender: sama seperti hibrid e:HEV Honda ketika ini.

Bagi Rocky, Daihatsu mendakwa ia memberikan bacaan 3.6 liter per 100 km mengikut kitaran WLTP. Manakala Perodua pula memaklumkan Ativa Hybrid ini mampu memberikan bacaan 31.3 km/l mengikut ujian Kitaran Pemanduan Malaysia. Dengan harga RON95 ketika ini, perjalanan dari KL ke Pulau Pinang hanya memerlukan RM23 minyak. Patutkah Ativa Hybrid ini dijual secara meluas di Malaysia?

Perodua Ativa Hybrid

[ad_2]
Source link
admin

Recent Posts

Comprehension Pin Up Casino Bonus Phrases

Hey there, casino enthusiasts! Regardless of whether you're a seasoned player or even a newbie…

3 hours ago

Techniques for Claiming Mostbet No Deposit Add-ons

Hey there, casino enthusiasts! For anyone who is on the hunt for exciting strategies to…

6 hours ago

Top rated Strategies for bwinbet365 Sports Wagering Success

Welcome to the powerful world of sports betting! Whether or not you're just starting or…

2 days ago

Motivational Christmas Sayings for the Period

Hey there, festive folks! It is actually that time of year again when the atmosphere…

5 days ago

The best way to Design Effective Custom IDENTITY Cards

Before we begin the design process, why don't we discuss why custom identity cards are…

5 days ago

Tips on how to Manage Entrance Exam Pressure

Hey there! Are you feeling a little bit overwhelmed with the entrance assessments coming up?…

5 days ago