Polis buat operasi tumpu kenderaan yang parkir sesuka hati, sebabkan kesesakan di Kuala Lumpur

9

[ad_1]

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur telah melakukan satu operasi yang mensasarkan kenderaan yang diparkir sesuka hati di bahu jalan sehingga menyebabkan kesesakan di sekitar ibu kota berkenaan pada malam minggu lalu.

Menurut jabatan berkenaan dalam hantaran Fb yang dibuat, “Saya hanya parkir lima minit sahaja tuan” adalah antara alasan remeh common yang dibuat oleh mereka yang dikesan membuat halangan tersebut.

Operasi ini diketuai oleh DSP Mohd Fadzil Bin Mohd Yatim, Pegawai Turus Penguatkuasaan JSPT KL memberi tumpuan bukan sahaja pada kenderaan yang diparkir pada bahu jalan, malah termasuk mereka yang memarkir di laluan dilarang, parkir menghalang lalu lintas dan kenderaan yang membuat halangan, tertumpu di Jalan Raja Laut, Jalan Changkat, Jalan Alur dan sekitar Bukit Bintang.

Ketua JSPT Kuala Lumpur ACP Sarifudin Bin Mohd Salleh berkata, operasi ini dilaksanakan berikutan rungutan orang awam berhubung kesesakan jalan di kawasan berkenaan yang dikatakan berpunca akibat sikap pemandu yang meletak kenderaan mereka sesuka hati.

“Antara kesalahan dilakukan termasuk berhenti terlalu lama sehingga menimbulkan halangan dan kesesakan lalulintas serta ada pemandu meletakkan kenderaan di garisan kuning.

“Orang ramai perlu faham jalan ini sesak dan sekiranya pemandu tetap mahu meletakkan kenderaan di bahu jalan, ianya akan memburukkan keadaan sehingga menjadi kesesakan yang teruk,” katanya.

JSPT KL menyatakan bahawa pihaknya berharap melalui operasi yang dijalankan ini dapat mendisiplinkan pengguna di ibu kota.



[ad_2]
Source link