[ad_1]
Minggu lalu area sukan permotoran negara dikejutkan dengan berita sedih di mana seorang pelumba drag tempatan, Muhamad Hafez Jamal Jamaludin (lebih mesra dengan panggilan Apeh Jamal) meninggal dunia setelah Mitsubishi Lancer Evolution IX berkuasa lebih dari 1,000 hp yang dipandunya dalam perlumbaan drag Battle of The Kings (BOTK) 2022 di Litar Drag Antarabangsa Gong Badak, Terengganu hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok berhampiran litar berkenaan.
Justeru, wakil Persekutuan Automobil Dunia (FIA) di Malaysia iaitu Motorsports Affiliation of Malaysia (MAM) hari ini mengeluarkan kenyataan berhubung insiden tersebut. Dalam kenyataan yang dikeluarkan, MAM terlebih dahulu meluahkan rasa dukacitanya terhadap insiden yang menimpa Apeh Jamal pada perlumbaan yang berlangsung Sabtu lalu.
Namun MAM menegaskan bahawa penganjuran perlumbaan BOTK 2022 tersebut sebenarnya tidak mendapat kelulusan dan dikawal-selia (sanctioned) oleh pihaknya.
“Sepertimana semua sedia maklum, sukan permotoran merupakan suatu sukan yang merbahaya. Oleh yang demikian, mana-mana pihak yang ingin menyertai sukan permotoran baik selaku penganjur, pemilik litar atau pelumba berkewajipan untuk mematuhi segala kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, protokol-protokol yang ketat yang telah ditetapkan demi memastikan tahap keselamatan yang tertinggi, meningkatkan persaingan dan akhirya memberi peluang kepada pelumba dan penonton untuk menikmati acara perlumbaan tersebut.
“Acara-acara yang dikawal-selia (sanctioned occasions) oleh pihak MAM dijalankan dengan mematuhi garis panduan am dan teknikal yang telah ditetapkan oleh pihak FIA dan FIM berkaitan dengan penganjur-penganjur, kemudahan-kemudahan, peserta-peserta dan kenderaan-kenderaan. Acara-acara sukan permotoran yang dikawal-selia akan memberi parameter yang jelas kepada penganjur-penganjur dan peserta-peserta mengenai persekitaran perlumbaan yang selamat,” tulis kenyataan yang dikeluarkan oleh MAM.
“Malangnya, Acara Drag BOTK 2022 tidak diluluskan dan dikawal-selia oleh pihak MAM. Untuk tahun 2022, kemudahan Litar Gong Badak hanya dibenarkan oleh pihak MAM untuk acara litar 2 roda iaitu, Petronas Malaysian CubPrix, dengan keperluan keselamatan tambahan. Pihak MAM tidak pernah memberi sebarang kelulusan untuk lumba drag di litar Gong Badak,” tambah persatuan itu lagi.
MAM turut menegaskan bahawa penganjur-penganjur perlumbaan amat digalakkan untuk mendapat kelulusan dan kawal selia dari pihaknya, dan menambah bahawa kelulusan dan pengawalan-selia mana-mana acara adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah pihak FIA, FIM serta Peraturan-Peraturan Pertandingan Kebangsaan (NCR), yang dikenakan, dipantau dan harus dipatuhi tanpa kompromi.
Persatuan tersebut turut menyatakan bahawa pihaknya telahpun mengadakan perbincangan dengan Kementerian Belia & Sukan (KBS) sebelum ini berkenaan dengan spesifikasi kemudahan perlumbaan drag yang diluluskan oleh pihak FIA dan FIM. Antara spesifikasi-spesifikasi berkenaan adalah termasuk kemudahan penyelenggaran yang murah dan rendah serta keselamatan yang tinggi bagi membolehkan sukan perlumbaan drag membangun dan berkembang selaras dengan pengumuman oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob baru-baru ini.
“MAM juga telah dijemput oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk meneliti kejadian tersebut dan yang lebih penting, untuk membincangkan dengan lebih lanjut mengenai keperluan bagi memastikan keselamatan litar diperbaiki bagi mengelak kejadian sedemikian berulang. MAM akan terus mempromosikan acara-acara yang dikawal-selia untuk menjadikan sukan permotoran lebih selamat dari segi semua disiplin di dalam Sukan Permotoran,” kata MAM.
Just before diving into the best summer season or winter perfumes you can be proud…
Hey there! Ever believed that you're constantly battling a losing battle towards poor posture? Or…
Before we discuss the benefits, let's start with the basic principles. Turnkey repairs are like…
Madrid is a city that pulses with creativity and aesthetic flair. Its streets are usually…
Hey there! So, you're thinking about scuba diving into the world of online game playing,…
Hey, Torontonians! If you're diving into a kitchen renovation and find yourself scratching your head…