[ad_1]
Hari ini (11 Okt 2022), bermulanya kejohanan lumba basikal bertaraf antarabangsa, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang berlangsung sehingga 18 Oktober ini dengan melalui beberapa laluan di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan akan melaksanakan penutupan jalan dan lencongan secara berperingkat bagi semua jenis kenderaan bagi mengawal kelancaran lalu lintas serta keselamatan di lokasi yang terlibat.
Bagi peringkat 1 yang bakal dimulakan pada hari ini jam 12.30 tengahari, lokasi pelepasan adalah di Sekolah Kebangsaan Tunku Nasir, Seri Menanti, Negeri Sembilan dan dijangka sampai di KLCC pada jam 4.17 petang, yang melibatkan jarak 157.3 km.
Menurut PDRM, laluan yang terlibat ialah Seri Menanti – Kuala Pilah – Senaling – Kampung Inas – Bukit Miku – Rembau – Pedas –Senawang – Seremban – Mantin – Beranang – Semenyih – Jalan Sg. Lalang –Jalan Sg. Tekali – Bukit Hantu – Pekan Batu 14 – Ampang Look Out Level – Ampang Waterfront – Jalan Taman Putra – Ampang Level – Balai Polis Jalan Tun Razak – Wisma MCA – KLCC.
Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan anda dan mematuhi arahan anggota polis yang bertugas. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman net LTdL 2022 di www.ltdlangkawi.my.
Just before diving into the best summer season or winter perfumes you can be proud…
Hey there! Ever believed that you're constantly battling a losing battle towards poor posture? Or…
Before we discuss the benefits, let's start with the basic principles. Turnkey repairs are like…
Madrid is a city that pulses with creativity and aesthetic flair. Its streets are usually…
Hey there! So, you're thinking about scuba diving into the world of online game playing,…
Hey, Torontonians! If you're diving into a kitchen renovation and find yourself scratching your head…