Nissan GT-R R34 dijual pada harga RM3.1 juta – Clubman Race Spec, enjin Nismo R3, perbatuan 0 km!

4

[ad_1]

Tahun lalu sebuah Nissan Skyline GT-R R34 telah terjual pada harga RM2.3 juta di Jepun, menjadikan ia sebagai GT-R R34 paling mahal pernah terjual setakat ini. Tapi rekod berkenaan mungkin akan dipecahkan tidak lama lagi – sebuah pengedar kenderaan di Hong Kong iaitu Contempo Idea HK Motors baru sahaja mengiklankan sebuah GT-R R34 dengan harga HKD 5,180,000 atau sekitar RM3.1 juta!

Sudah tentu, ini bukan R34 dengan spesifikasi serta kondisi biasa-biasa – ia adalah mannequin dari spesifikasi Clubman Race Spec yang dibina oleh Nismo Omori Manufacturing facility, diberikan warna badan Midnight Purple III, serta dengan meter perbatuan yang masih mencatatkan 0 km! Malah unit yang dijual ini juga merupakan versi paling berkuasa untuk Clubman Race Spec yang diberikan enjin Nismo RB26DETT R3 (R-tune idea engine Spec 3).

Enjin berkenaan menggunakan blok RB26 spesifikasi N1 sama seperti enjin R2 Nismo , dipadankan dengan equipment kelengkapakan R3 termasuk pengecas turbo, aci sesondol, kotak komputer enjin dan equipment penyuntik bahan api, bagi membolehkan ia menghasilkan kuasa 450 PS dan tork maksima 471 Nm.

Ia digandingkan dengan kotak gear enam-kelajuan handbook bersama equipment klac plat berkembar Nismo, dan juga sistem pacuan semua roda Atessa ET-S Professional yang dipertingkat dengan LSD Nismo 1.5 Means pada gandar hadapan serta unit kawalan ET-S Nismo Z-Tune. Untuk suspensi pula, mannequin ini menerima penyerap hentak boleh laras Ohlins DFV, bersama perincian lain seperti bar penstabil hadapan dan belakang Nismo.

Banyak lagi perincian sistem dan mekanikal Nismo dipadankan pada R34 Clubman Race Spec ini, antaranya unit intercooler, sitem ekzos, sistem kemasukan udara, cagak-cagak enjin dan kotak gear, set-set bushing suspensi dan pelbagai lagi. Ia juga menerima sistem brek lengkap dari Brembo pada bahagian hadapan dan belakang.

Secara commonplace, versi Clubman Race Spec ini diberikan penggayaan luaran dengan R34 Nismo Z-Tune. Ia termasuk bampar hadapan, fender hadapan kesemuanya diperbuat dari gentian karbon, bonet hadapan Nismo R-Tune, cangkuk tunda hadapan dan belakang Omori dan juga set rim Nismo LMGT4.

Bahagian dalaman R34 Clubman Race Spec ini juga menerima banyak perincian dari Nismo, antaranya roda stereng tiga jejari, tombol gear titanium GT, panel instrumen dengan bacaan kelajuan maksima 320 km/h, tempat duduk bucket, set karpet kaki dan pelbagai lagi. Imej yang disiarkan ini juga menunjukkan setiap komponen dalam kabin R34 ini dalam keadaan seperti baru keluar kilang!



[ad_2]
Source link