Categories: Automobile

Nissan Almera facelift 2023 diperkenal – mannequin AS dapat perubahan gaya dan kelengkapan, enjin 1.6L NA

[ad_1]

Tiga tahun selepas diperkenalkan buat pertama kalinya kepada dunia, Nissan Almera, yang juga dikenali sebagai Versa di Amerika Syarikat telah diberikan facelift, melibatkan sedikit perubahan gaya serta penambahan kelengkapan.

Perubahan paling ketara adalah di bahagian hadapan, dengan sedan ini mendapat kemasan gril V-motion lebih kemas dengan jalur melintang, yang menggunakan warna hitam di bahagian tengah, dan krom di bucunya, dari atas sehingga ke bawah.

Bahagian bampar juga direka semula, dengan kini mempunyai rekaan yang lebih licin dan di bahagian paling bawah, kemasannya dijadikan lebih sekata dengan bahagian tepi. Nissan juga memperkenalkan rekaan rim 17 inci serta warna Grey Sky Pearl baru untuk varian SV (pertengahan) dan SR (paling tinggi). Satu lagi varian yang ditawarkan adalah S (paling asas).

Bahagian belakang dan dalam tidak berubah. Papan pemukanya masih sama tetapi ada sedikit perubahan kelengkapan. Pakej S Plus yang ditawarkan untuk varian S akan memberikan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay pada sistem infotainmen dengan skrin sesentuh tujuh incinya, rim 16 inci serta tempat duduk belakang boleh lipat 60:40.

Sementara itu, varian SV pula mendapat perehat tangan hadapan, pad pengecas tanpa wayar serta warna kemasan dalam baru yang dipanggil sebagai Chambray. Ini melengkapi barangan lain seperti rim 16 inci, lampu utama LED automatik serta pakej S Plus.

Varian SR juga mendapat peningkatan sama seperti SV tetapi sistem infotainmennya menggunakan skrin sesentuh lapan inci dan mempunyai ciri Wi-Fi hotspot, NissanConnect serta enam pembesar suara (varian lain cuma ada empat). Varian paling tinggi ini juga datang dengan rim 17 inci, fungsi pemanas pada tempat duduk hadapan dan pemula enjin jarak jauh.

Untuk aspek keselamatan, semua varian datang dengan Automated Emergency Braking dengan Pedestrian Detection, Lane Departure Warning, Rear Automated Braking serta Excessive Beam Help. Varian SV ditambah dengan Blind Spot Warning dan Rear Cross Site visitors Alert, manakala SR pula ditambah lagi dengan Clever Cruise Management.

Mannequin ini terus menggunakan enjin petrol empat silinder HR16DE 1.6 liter NA yang mampu menghasilkan 124 PS (122 hp) dan 154 Nm, dan diberikan dengan pilihan transmisi guide lima kelajuan (S sahaja), atau Xtronic CVT. Pilihan yang diberi ini berbeza berbanding Almera di Malaysia, yang hanya didatangkan dengan enjin petrol tiga silinder turbo 1.0 liter HR10DET, berkuasa 100 PS (99 hp) dan 152 Nm, bersama transmisi CVT.

[ad_2]
Source link
admin

Recent Posts

Studying the World of Terong123 Games

Here you are in the thrilling universe of Terong123 Games! Imagine walking into a realm…

5 hours ago

Unique Home Decor Shops in Fort Worth

Hello to both Fort Worth locals and those just passing through! If your living space…

19 hours ago

The Fascinating World of Long-Necked Cats

First, let's clarify what we mean by "long-necked cats." We're talking about decorative figurines or…

1 day ago

Tips for Winning the Cambodia Lottery

Hey there! So, you're interested in trying your luck with the Cambodia Lottery. Well, you're…

1 day ago

The Evolution of QQKuda Slot Machines

Typically, the journey of slot machines started in the vibrant era of the late 19th…

2 days ago

Top rated Features of Prada188 Gaming System

The world of online gaming is actually vast and exciting, and when you're looking to…

2 days ago