Ni Hsin EV bawa motosikal elektrik Ebixon ke Malaysia – mula dipasang bulan November, jual tahun hadapan
[ad_1]
Sebuah syarikat yang baru masuk ke dalam pasaran kenderaan elektrik Malaysia, iaitu Ni Hsin EV Tech (NHEV), kini telah menerima Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk dua mannequin motosikal elektrik Ni Hsin Ebixon iaitu TailG Daring dan TailG Torque.
Pemasangan dua mannequin ini dalam negara (CKD) akan dimulakan pada bulan November ini di kilang syarikat di Seri Kembangan, Selangor, sementara produk akhir dirancang akan diperkenalkan kepada pasaran awal tahun 2023. NHEV juga telah mengadakan perjanjian dengan Dongguan Tailing Motor Car Co dari China untuk penghantaran komponen, alat ganti serta perisian, manakala pemasangan, kawalan kualiti dan pentauliahan dijalankan di dalam negara.
Dalam satu siaran akhbar yang dikeluarkan, pengarah urusan NHEV, Khoo Chee Keong memberitahu bahawa syarikat meletakkan sasaran penjualan 50,000 e-bike di Malaysia dan ASEAN dalam masa tiga tahun akan datang. “Motosikal elektrik EBixon kami mempunyai sistem dua bateri yang boleh ditukar, menawarkan jarak gerak sehingga 200 km,” kata Khoo.
Khoo juga menambah bahawa e-bike Ebixon direka untuk dijual pada harga yang sama seperti motosikal enjin pembakaran dalaman biasa, tetapi mempunyai kos penjagaan 70% lebih rendah. “Baterinya boleh disambungkan kepada soket di rumah untuk dicas, atau ditukar di stesen bateri,” kata Khoo.
Sementara perincian motosikal elektrik Ebixon ini masih belum dikeluarkan, sumber kami memberitahu mannequin yang akan dibawa ke Malaysia nanti besar kemungkinan adalah daripada barisan TailG dan mendapat kelulusan EC.
[ad_2]
Source link