Categories: Automobile

Myvi diterbalikkan orang ramai di Johor selepas pemandunya rempuh motosikal, buat provokasi

[ad_1]

Pagi tadi tular di media sosial video yang memaparkan insiden sebuah Perodua Myvi diterbalikkan oleh orang ramai yang kelihatan marah. Dalam beberapa siri video yang tular tersebut, dapat dilihat selepas Myvi berkenaan terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas, ia terus dirosakkan oleh orang ramai.

Difahamkan insiden tersebut berlaku di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor. Ia berlaku susulan kemalangan melibatkan Perodua Myvi itu yang tidak berhenti di lampu isyarat merah dan kemudian melanggar sebuah motosikal ditunggang seorang penghantar makanan. Menurut laporan dari akhbar Kosmo, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 10.15 malam semalam.

Menurut seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Akmal, kejadian bermula apabila pemandu kereta Perodua Myvi itu bertindak melanggar lampu merah ketika di simpang empat Jalan Kota Masai 2, pada masa sama penunggang motosikal terbabit sedang berjalan terus dengan agak laju.

“Kedua-dua kenderaan gagal mengelak menyebabkan mereka bertembung. Akibat itu, penunggang motosikal yang juga merupakan seorang penghantar makanan mengalami kecederaan patah kaki.

“Pemandu itu cuba melarikan diri tetapi laluan terhalang menyebabkan dia memasuki stesen minyak berhampiran, sebelum dia dikerumuni orang ramai,” kata saksi berkenaan kepada akhbar itu.

Tambah saksi itu lagi, selepas kejadian berkenaan dua kereta peronda polis tiba di tempat kejadian dan membawa pemandu kereta tersebut ke kereta peronda dipercayai untuk memastikan keselamatannya. Walau bagaimanapun, pemandu berkenaan membuat provokasi dengan mengejek orang ramai ketika dia sudah selamat berada dalam kereta peronda polis.

“Itu punca segelintir pihak bertindak memecahkan cermin tingkap kereta berkenaan menggunakan topi keledar sebelum beberapa individu lain menterbalikkan kereta itu,” kata saksi tersebut

Sehingga kini masih belum ada kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Namun kami nasihatkan orang agar tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya berlaku kejadian seperti ini. Ini kerana ia mungkin akan menyusahkan anda kelak sekiranya didakwa melakukan rusuhan, merosakkan harta dan sebagainya.

[ad_2]
Source link
admin

Recent Posts

Basketball: A Game of Skill along with Speed

What is Basketball? Baseball is a fast-paced team game played by two teams of five…

2 days ago

Comprehending CDT Weed: Benefits and also Risks

Hey there! You've probably heard the buzz about CDT weed lately and are curious about…

2 days ago

Applications of Vacuum Pumps in Industry

In the vast world of industry, machine pumps play a crucial function in a variety…

2 days ago

Taxi Near Me: Your Guide to Quick, Reliable Local Transportation

When you need a convenient, safe, and reliable way to get around, searching for a…

4 days ago

Going through the Benefits of Kava and Kratom

Before we discuss the benefits, let's familiarize ourselves with kava kava root powder and kratom.…

4 days ago

From Manual to Automated: How Robotic Process Automation Services Can Take Your Business to the Next Level

In today's fast-paced business landscape, the pressure to stay ahead of the curve is relentless.…

6 days ago