Categories: Automobile

Moto Guzzi V7 x Gucci x Palace sertai barisan produk kolaborasi jenama fesyen terkenal – mula dijual esok

[ad_1]

Dalam masa hanya beberapa jam sahaja lagi, jenama fesyen terkenal dari Itali, iaitu Gucci akan memulakan penjualan barangan kolaborasi terbaru mereka dengan jenama dari United Kingdom, iaitu Palace. Ia akan ditawarkan melalui laman Vault Gucci, serta kedai-kedai terpilih.

Dalam barisan produk kolaborasi ini, bukan sahaja terdapat barangan seperti topi, kasut, pakaian dan beg, tetapi juga motosikal, yang mungkin menjadi produk paling mahal di antara kesemuanya. Mannequin yang dipilih adalah daripada pengeluar Itali, iaitu Moto Guzzi V7.

Penampilan motosikal ini diserlahkan dengan kemasan unik untuk mengetengahkan kolaborasi antara Gucci dan Palace, bermula dengan corak camo Woodland klasik Palace pada bahagian tangki, balutan kulit bercorak Guccissima pada tempat duduk, serta beg barangan yang menampilkan kain bercorak gabungan Gucci dan Palace.

Melengkapkan penampilan motosikal ini adalah lencana Gucci dan Palace pada bahagian tepi tangki, yang diwarnakan emas bagi menunjukkan eksklusivitinya. Jika anda perhatikan secara terperinci lagi, di bahagian tepi fork juga terdapat brand Gucci.

Memandangkan ini adalah kerjasama antara Moto Guzzi dengan jenama fesyen, bahagian mekanikal tidak diusik dan V7 ini masih dipacu oleh enjin dua silinder V 850 cc berkuasa 65 hp dan tork 73 Nm. Harga V7 Gucci x Palace ini masih belum diketahui, dan akan didedahkan bersama barangan lain esok.

[ad_2]
Source link
admin

Recent Posts

The particular Rise of Dodo69 Video game titles Community

Hey there, fellow video game enthusiast! Have you heard about the hottest buzz in the…

2 hours ago

Basement Waterproofing with Epoxy Flooring: A Must-Have for Murrieta Homeowners

Basement waterproofing is a critical account for homeowners in Murrieta, CA, and for good reason.…

1 day ago

Studying the World of Terong123 Games

Here you are in the thrilling universe of Terong123 Games! Imagine walking into a realm…

2 days ago

Unique Home Decor Shops in Fort Worth

Hello to both Fort Worth locals and those just passing through! If your living space…

3 days ago

The Fascinating World of Long-Necked Cats

First, let's clarify what we mean by "long-necked cats." We're talking about decorative figurines or…

3 days ago

Tips for Winning the Cambodia Lottery

Hey there! So, you're interested in trying your luck with the Cambodia Lottery. Well, you're…

4 days ago