[ad_1]
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) dengan kerjasama Okay.M. Lim Auto telah pun melancarkan pusat 3S baharu di Kluang, Johor. Buat setakat ini, MMM telah pun mempunyai tujuh bilik pameran di Johor.
Dengan bangunan seluas 10,000 kaki persegi, pusat 3S baharu ini kelihatan menarik dengan menampilkan identiti korporat Mitsubishi. Di samping menyediakan pusat servis dengan tiga petak penyelenggaraan, pusat 3S baharu ini turut menempatkan ruang lounge untuk pelanggan, kemudahan WiFi percuma dan sudut permainan kanak-kanak.
“Selaras dengan rancangan perniagaan Mitsubishi Motors, kami terus memajukan pengembangan rangkaian pengedaran kami untuk meningkatkan tahap kepuasan pelanggan. Matlamat kami adalah untuk menerokai lokasi baharu dan memperkembangkan jualan dan perkhidmatan selepas jualan kami bagi memenuhi permintaan yang kian meningkat bagi jenama Mitsubishi dengan rangkaian yang diperluaskan dan memudahkan pelanggan untuk berkunjung ke bilik pameran dan pusat servis berhampiran mereka,” kata Shinya Ikeda, CEO MMM.
Pusat 3S baharu ini terletak di No. 39, Jalan Tasik Indah 1/1, Taman Tasik Indah, 86000 Kluang
yang mudah diakses memandangkan ia dekat dengan jalan utama di kawasan Sierra Heights.
“Okay.M. Lim Auto telah pun menceburi perniagaan automotif sejak 1986. Kami mengalu-alukan kedatangan mereka dalam keluarga Mitsubishi dan berasa yakin dengan bilik pameran baharu ini mampu meningkatkan lagi jenama kami di Kluang,” tambah Ikeda.
Waktu operasi bagi pusat 3S baharu ini adalah dari jam 8.30 pagi hingga 7 malam dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang pada hari Sabtu dan 10 pagi hingga 5 petang pada Ahad.
Welcome to the powerful world of sports betting! Whether or not you're just starting or…
Hey there, festive folks! It is actually that time of year again when the atmosphere…
Before we begin the design process, why don't we discuss why custom identity cards are…
Hey there! Are you feeling a little bit overwhelmed with the entrance assessments coming up?…
Hey there, fellow slot enthusiast! If you're reading this, chances are you're looking to level…
Hey there! If you've been considering diving into digital advertising, you're onto something significant. The…