[ad_1]
Mitsubishi memang dikenali dengan model-model kei-car comel yang dihasilkan dari model-model ‘skala penuh’ mereka, misalnya Pajero Mini yang kelihatan seperti SUV Pajero tetapi bersaiz kecil, dan juga Minica Skipper yang diberikan rupa seakan Galant GTO dalam versi lebih comel. Terbaharu, jenama tiga berlian ini bakal memperkenalkan Delica Mini, iaitu kei-car dengan rupa seperti van/MPV Mitsubishi Delica.
Mitsubishi Delica Mini ini bakal membuat kemunculan sulungnya di Tokyo Auto Salon 2023 yang akan berlangsung pada Januari nanti. Ia juga adalah sempena untuk meraikan ulangtahun ke-55 Mitsubishi Motors. Menurut Mitsubishi, Delica Mini ini dihasilkan sebagai “wagon tinggi ringan” yang menjanjikan sifat “kecil tetapi lasak”.
Dari segi saiz, Delica Mini ini tampil dengan dimensi 3,395 mm panjang, 1,475 mm lebar, dan jarak roda sejauh 2,495 mm. Dimensi ini dilihat sama sepenuhnya dengan kei-MPV Mitsubishi eK House dan eK X House – kemungkinan besar ia diasaskan dari platform dan kerangka yang sama, dibezakan hanya dengan pelbagai perincian luaran dan dalaman.
Delica Mini ini juga nampaknya bakal diperkenalkan dalam pelbagai versi kerana Mitsubishi menyatakan bahawa tingginya adalah dari 1,640 mm hingga 1,660 mm bergantung kepada varian.
Untuk rupa, muka Delica Mini ini tidak diberikan rekaan Dynamic Defend Mitsubishi seperti Delica D:5 facelift, sebaliknya ia menerima rekaan seakan Delica D:5 pre-facelift dengan gril hadapan bar menegak dan kluster lampu utama di atas. Ia turut diberikan lampu dengan jalur LED nyalaan siang bina-dalam, dan juga bampar hadapan dengan kemasan seakan kanggaro bar.
Perincian lain yang membuatkan ia kelihatan lasak termasuk skid plate pada bahagian bawah bampar hadapan dan belakang serta pelindung sisi badan yang terletak di bahagian bawah pintu hadapan dan belakang. Kesemua ruang roda juga diberikan kemasan berwarna hitam, tetapi masih tidak dapat dipastikan sama ada ia kemasan plastik sebenar atau hanya diwarnakan hitam.
Tulisan “DELICA” turut ‘diukir’ pada bahagian bampar hadapan, manakala pada pintu hatch belakang ia turut menampilkan tulisan “MINI” kecil selepas tulisan “DELICA” di tengah bar yang merentangi sepenuhnya cermin belakang tersebut.
Seperti eK House dan eK X House, Delica Mini ini juga menampilkan cermin pada tiang-A untuk mengurangkan titik buta, cermin tingkap paling belakang yang menyelaputi sepenuhnya tiang-D bagi memberikan kesan seakan bumbung terapung dan juga penggunaan pintu gelangsar untuk kabin belakang.
Dijangkakan Delica Mini ini turut akan menerima pilihan unit rangkaian kuasa seperti barisan model-model kei-car terkini Mitsubishi iaitu enjin 660 cc tiga-silinder sama ada dalam versi NA ataupun turbo, digandingkan dengan sistem hibrid ringkas menampilkan motor elektrik berkuasa 2.7 PS/40 Nm, dan juga kotak gear CVT automatik bersama pilihan pacuan hadapan atau semua roda.
Mannequin ini dijangka bakal diproduksi bermula pertengahan 2023, dan seperti biasa ia adalah mannequin JDM yang hanya ditawarkan di Jepun untuk bersaing dengan kei-MPV lain seperti Daihatsu Tanto, Honda N-Field dan lain-lain.
Hey there, festive folks! It is actually that time of year again when the atmosphere…
Before we begin the design process, why don't we discuss why custom identity cards are…
Hey there! Are you feeling a little bit overwhelmed with the entrance assessments coming up?…
Hey there, fellow slot enthusiast! If you're reading this, chances are you're looking to level…
Hey there! If you've been considering diving into digital advertising, you're onto something significant. The…
Hey there, fellow video game enthusiast! Have you heard about the hottest buzz in the…