[ad_1]
Harga rasmi untuk Maxus eT60 yang dilancarkan di pasaran Australia kini sudah didedah, iaitu AUD92,990 (RM283,525). Ini menunjukkan trak pikap elektrik penuh tersebut mempunyai harga agak tinggi berbanding versi enjin pembakaran dalamannya yang dijual pada AUD41,042 ke AUD47,884 (RM125,136 ke RM145,998).
eT60 ini sebenarnya adalah versi elektrik bagi T60 Max facelift, yang sekarang dijual di pasaran Australia, dan juga diubah lencananya menjadi MG Extender di Thailand. Negara kita juga menerima T60 ini, tetapi dalam versi sebelum facelift dan cuma menggunakan enjin diesel turbo empat silinder 2.8 liter.
Pada harga yang disebutkan, eT60 datang dengan motor elektrik di belakang yang berkuasa 177 PS (174 hp atau 130 kW) dan tork 310 Nm, mampu memacunya hingga kelajuan maksimum 120 km/j. Sebagai perbandingan, enjin diesel turbo empat silinder 2.0 liter biturbo pada T60 Max mampu menghasilkan 218 PS (215 hp atau 160 kW) dan 500 Nm. Perlu diketahui juga eT60 lebih berat, dengan catatan 2,300 kg, berbanding 2,115-2,150 kg (bergantung kepada varian) bagi T60 Max.
Kuasa untuk motor elektrik eT60 datang daripada bateri lithium ion 88.55 kWh yang mampu memberikan jarak gerak sehingga 330 km mengikut customary WLTP. Trak elektrik ini boleh menerima pengecasan AC (sambungan Kind 2) sehingga 11 kW, dengan mengambil masa sehingga sembilan jam untuk penuh menggunakan sumber three-phase atau 13 jam menggunakan single-phase.
Ia juga boleh menggunakan sistem pengecasan pantas DC (sambungan CCS2) sehingga 80 kW, dan akan mengisi bateri dari 20 ke 80% dalam masa sekitar 45 minit. Pemilik juga boleh menggunakan eT60 ini untuk mengecas barangan lain dengan kuasa 2kW.
Untuk kelengkapan, eT60 nyata bukan setakat kereta belasahan kerana datang dengan rim 17 inci, lampu belakang dan DRL LED, sports activities bar chrome steel dan pemijak tepi. Satu yang pelik, ia hanya diberi dengan lampu utama halogen, tetapi masih mempunyai fungsi hidup dan mati sendiri.
Kelengkapan lain yang diberi adalah termasuk pendingin hawa, pengelap cermin dengan pengesan hujan, tempat duduk larasan kuasa enam arah, tempat duduk balutan kulit tiruan, sistem infotainmen dengan skrin sesentuh 10.25 inci bersama sambungan Apple CarPlay, kamera undur serta empat pembesar suara.
Pada bahagian keselamatan, ia datang dengan enam beg udara, ABS, Brake Help, EBD, ESP, Hill Descent Management, Hill Begin Help, Traction Management, Roll Motion Intervention, VDC dan cagak ISOFIX. Tiada sistem aktif seperti Autonomous Emergency Braking atau Lane Preserve Help pada trak ini. Setiap pembelian diberi dengan jaminan kenderaan lima tahun atau 160,000 km, dan jaminan bateri EV lapan tahun atau 160,000 km.
Memandangkan versi bukan elektriknya ada dijual di Malaysia, mungkinkah eT60 ini akan tiba di negara kita sambil menikmati insentif yang ada sekarang untuk kenderaan elektrik? Setakat ini masih belum ada lagi trak pikap kuasa elektrik yang datang dari kilang di pasaran kita.
Just before diving into the best summer season or winter perfumes you can be proud…
Hey there! Ever believed that you're constantly battling a losing battle towards poor posture? Or…
Before we discuss the benefits, let's start with the basic principles. Turnkey repairs are like…
Madrid is a city that pulses with creativity and aesthetic flair. Its streets are usually…
Hey there! So, you're thinking about scuba diving into the world of online game playing,…
Hey, Torontonians! If you're diving into a kitchen renovation and find yourself scratching your head…