Manifesto PRU15 BN – AP untuk EV akan dihapus, mudahkan akses kepada kereta elektrik mampu milik
[ad_1]
Barisan Nasional (BN) telah pun mengumumkan manifesto pilihan raya umum ke-15 (PRU15) semalam, dan apa yang menarik perhatian kami, pakatan parti politik berkenaan mengumumkan bahawa ia akan menghapuskan allow import (AP) untuk semua kenderaan elektrik (EV) yang diimport dari luar sekiranya menang dalam pilihan raya nanti.
Menurut pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, langkah ini adalah disasarkan untuk menjadikan EV lebih mudah di akses oleh rakyat Malaysia, dalam masa yang sama untuk memastikan masa depan negara agar mampan dan selamat.
“Untuk itu, kita akan menghapuskan semua allow import atau AP untuk semua jenis kereta elektrik bagi memastikan akses yang lebih luas kepada kereta mesra alam mampu milik,” katanya malam tadi.
Pelan untuk memansuhkan AP untuk EV pada asasnya adalah susulan daripada pengecualian bayaran AP yang digariskan dalam Bajet 2023 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz pada 7 Okotber lalu. Dalam pembentangan tersebut telah diumumkan bahawa semua EV yang diimport ditetapkan untuk dikecualikan daripada yuran AP dari 1 Januari hingga 31 Disember 2023.
Sekiranya inisiatif untuk menghapuskan terus AP untuk EV ini dilaksanakan, pengecualian bayaran AP tersebut bukan hanya dalam garis masa yang dinyatakan dalam Bajet 2023, tetapi ia sudah tidak akan lagi dikenakan langsung serta membebaskan terus pasaran EV tanpa sekatan AP.
Perkara ini akan memudahkan pengeluar EV untuk menyediakan saluran jualan di Malaysia – mereka tidak perlu lagi mencari rakan kongsi tempatan untuk tujuan AP francais. Manakala pengimport persendirian yang ingin membawa masuk EV juga akan diberi kemudahan untuk berbuat demikian dengan pemansuhan yuran AP ini.
Dengan tiada lagi sekatan dari AP ini bakal membolehkan lebih banyak EV akan ditawarkan pada pasaran tempatan, serta berpotensi menjadikannya lebih murah. Ini kerana pengeluar dan pengimport tidak lagi perlu membayar kos AP, yang lazimnya kos tersebut dikenakan pada pelanggan pada harga jualan.
Walau bagaimanapun, pemansuhan AP ini hanya melibatkan model-model EV, dan ia tidak terpakai pada model-model dengan enjin pembakaran dalaman konvensional.
[ad_2]
Source link