Majlis Perbandaran Kulim lancar Kulim Good Parking – PBT pertama di Kedah guna aplikasi parkir pintar

1

[ad_1]

Baru-baru ini Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah melancarkan sistem pembayaran tempat letak kereta baharu iaitu Kulim Good Parking, sekaligus menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Kedah yang menggunakan aplikasi tempat letak kereta pintar.

Aplikasi Kulim Good Parking merupakan hasil kolaborasi antara MPKK bersama Syarikat HeiTech Padu Berhad untuk mengoperasikan Sistem Tempat Letak Kereta (TLK) Pintar yang meliputi 7,000 TLK di bawah bidang kuasa MPKK, laporan Bernama.

Menurut Setiausaha MPKK Amal Zubir, aplikasi Kulim Good Parking akan tersedia di platform Apple App Retailer, Huawei App Gallery dan Google Play Retailer mulai awal bulan ini. Aplikasi ini merupakan inisiatif MPKK bagi menambah baik serta meningkatkan taraf mutu perkhidmatannya daripada segi tadbir urus, operasi dan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan, khususnya melalui pengurusan tempat letak kereta.

Klik untuk besarkan imej

“Orang awam boleh menggunakan aplikasi pintar ini untuk membuat transaksi berkaitan tempat letak kereta termasuklah pembayaran TLK dan pembayaran pas bulanan TLK. Kulim Good Parking ini merupakan salah satu inisiatif ‘fast win’ yang menyokong agenda pembangunan Bandar Kulim ke arah bandar pintar,” katanya.

Tambah beliau, aplikasi ini akan memudahkan lagi para pengguna dengan membolehkan transaksi dibayar menggunakan e-dompet sekali gus menjimatkan masa pengguna.

Beliau berkata inisiatif yang serba baharu daripada segi pembangunan dan infrastruktur itu juga mengajak orang ramai untuk membudayakan teknologi dalam urusan kerja dan kehidupan seharian.

“Berdasarkan kaji selidik yang telah dijalankan bermula pada bulan Jun yang lalu, majoriti responden bersetuju bahawa bayaran letak kereta secara dalam talian menggunakan telefon pintar adalah lebih mudah berbanding bayaran secara tunai,” katanya.



[ad_2]
Source link