[ad_1]
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Itulah pepatah yang paling tepat untuk seorang lelaki berusia 26 tahun di Itali kerana memodifikasi Toyota MR2 miliknya menjadi Ferrari F430 ‘celup’.
Tindakan lelaki itu terbongkar selepas pasukan penguat kuasa Itali, Guardia di Finanza mengesan tindakan tersebut dalam pemeriksaan rutin di bandar Asti, sebelum merampas kereta terbabit, menurut laporan Information Italy24.
Menurut Guardia di Finanza, ekoran tindakan tersebut, lelaki berkenaan didakwa atas pertuduhan memalsu dan melanggar cap dagangan serta jika disabit kesalahan, dia juga bakal berdepan dengan hukuman penjara.
Walau pun jika dilihat dengan mata kasar, jentera itu memang saling tak tumpah dengan Ferrari F430 ‘authentic’ pada bahagian luar dan dalamnya, tambahan dengan elemen ikonik F430 yang ditampilkan termasuk emblem jenama itu pada bonet, penggunaan rim, brek dan lampu utama jentera ikonik itu, namun pasukan pakar yang membuat pemeriksaan lanjut berjaya membongkarkan bahawa ia adalah Toyota MR2 yang dimodifikasi.
Menurut pakar yang mengesahkan pemalsuan itu, jentera itu juga menampilkan alat ganti dan aksesori Ferrari asli, menjadikannya lebih sukar dikenalpasti hakikatnya ia adalah mannequin Toyota. Badan penguatkuasaan tersebut turut memaklumkan, ini bukanlah kes pertama yang dikesan, namun kes ini boleh dianggap sebagai tahap pemalsuan yang cukup cemerlang.
Media berita Itali turut melaporkan, kereta itu telah disita dan laporan dibuat kepada Pejabat Pendakwa Raya Asti kerana penggunaan tanda dagangan berdaftar tanpa kebenaran.
Just before diving into the best summer season or winter perfumes you can be proud…
Hey there! Ever believed that you're constantly battling a losing battle towards poor posture? Or…
Before we discuss the benefits, let's start with the basic principles. Turnkey repairs are like…
Madrid is a city that pulses with creativity and aesthetic flair. Its streets are usually…
Hey there! So, you're thinking about scuba diving into the world of online game playing,…
Hey, Torontonians! If you're diving into a kitchen renovation and find yourself scratching your head…