[ad_1]
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengumumkan penutupan sementara beberapa laluan di sepanjang jajaran Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) sempena penganjuran Anak Sarawak (AS) LLM DASH Penchala Hyperlink Tunnel Night time Run yang bakal berlangsung pada Sabtu ini, 5 November 2022.
Penutupan beberapa laluan bagi kedua-dua lebuhraya berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat bermula jam 9 pagi pada 5 Nov sehingga 5 pagi pada 6 Nov (Ahad). Susulan penutupan laluan terbabit, pengguna Lebuhraya DASH dan SPRINT disarankan menggunakan jalan alternatif yang dicadangkan untuk ke destinasi-destinasi tertentu.
Bagi Lebuhraya DASH, laluan yang terlibat dengan penutupan adalah dari LDP ke DASH (Ramp 13 D & 13F), Penchala Hyperlink ke DASH (Ramp 13E), Jalan PJU 7/9 ke DASH (Ramp 13G), Persiaran Surian, Persiaran Kenanga, Persiaran Mahogani dan Jalan PJU 8/1 Damansara Perdana. Peserta acara larian ini boleh memasuki kawasan parkir yang disediakan melalui Persiaran Surian dan Persiaran Kenanga.
Pengguna yang melalui DASH sepanjang acara berkenaan akan dilencongkan ke persimpangan Persiaran Surian (susur keluar) iaitu selepas Plaza Tol (RRIM) Kwasa Damansara. Kesemua laluan Lebuhraya DASH akan dibuka semula pada jam 5.01 pagi pada 6 Nov.
Manakala untuk Lebuhraya SPRINT pula, laluan yang bakal ditutup melibatkan Damansara Perdana (Ramp Penchala Hyperlink), Mutiara Damansara (Ramp Penchala Hyperlink), LDP utara KM4.4 (Ikea), LDP selatan KM3.5 (Empire Damansara), Persimpangan TTDI ke Hubungan Penchala arah barat, dan Persimpangan TTDI kg Sg Penchala ke Hubungan Penchala (arah Mont Kiara).
Selain itu, ia turut melibatkan susur Hartamas ke Hubungan Penchala arah barat (arah LDP), Kerinchi Hyperlink arah utara ke Hubungan Penchala barat (arah LDP) dan Jalan Duta ke Hubungan Penchala arah barat (arah LDP). Dimaklumkan bahawa, laluan di SPRINT akan dibuka semula mulai jam 1.01 pagi pada 6 Nov.
Pengguna kedua-dua lebuhraya berkenaan diminta untuk mengikut arahan petugas trafik di lokasi terbabit, pandu berhati-hati dan rancang perjalanan terlebih dahulu.
Just before diving into the best summer season or winter perfumes you can be proud…
Hey there! Ever believed that you're constantly battling a losing battle towards poor posture? Or…
Before we discuss the benefits, let's start with the basic principles. Turnkey repairs are like…
Madrid is a city that pulses with creativity and aesthetic flair. Its streets are usually…
Hey there! So, you're thinking about scuba diving into the world of online game playing,…
Hey, Torontonians! If you're diving into a kitchen renovation and find yourself scratching your head…