[ad_1]
Baru sahaja bulan lalu Porsche melancarkan 911 Dakar, iaitu sebuah 911 yang ditinggikan bagi membolehkan ia dipandu laju pada permukaan off-road sebagai memperingati jentera rali 911 yang memenangi Rali Paris-Dakar 1984. Kalau anda mahukan kenderaan dengan konsep sama tetapi bukan dari Porsche, ini dia – Lamborghini Huracán Sterrato!
Seperti namanya, ia masih lagi sebuah supercar Lamborghini Huracán, tetapi diberikan pelbagai perincian termasuk sistem suspensi lebih tinggi bagi membolehkannya beraksi pantas pada laluan jalan yang tidak di tar; Sterrato itu sendiri bermaksud jalan tanah dalam bahasa Itali. Ia sebelum ini pernah tampil sebagai mannequin konsep, dan siapa sangka Lamborghini benar-benar menghasilkannya sebagai mannequin produksi sebenar?
Menurut Lamborghini, Huracan Sterrato ini merupakan kereta tremendous sporty untuk kegunaan semua permukaan jalan yang dijana oleh enjin V10 serta pacuan semua roda pertama seumpamanya. Mannequin ini juga merupakan varian terakhir untuk Huracan, dan ia juga mannequin terakhir Lamborghini yang menggunakan enjin V10 petrol penuh tanpa sebarang bantuan elektrifikasi.
Enjin V10 5.2 liter NA pada Huracan Sterrato ini menghasilkan 610 PS (602 hp atau 449 kW) pada takat 8,000 rpm serta tork maksima 565 Nm pada takat 6,500 rpm. Ia digandingkan dengan kotak gear klac berkembar automatik tujuh kelajuan, dan kuasa diagih ke kesemua roda menerusi sistem pacuan semua roda Haldex, menampilkan LSD mekanikal pada gandar belakang.
Ini membolehkan Huracan Sterrato memecut dari kedudukan pegun hingga mencapai 100 km/j dalam masa hanya 3.4 saat, dan 0-200 km/j pula hanya 9.8 saat. Kelajuan maksima Huracan Sterrato dihadkan pada 260 km/j, berbanding 325 km/j pada Huracan biasa. Ini kerana Sterrato diberikan tayar off-road Bridgestone Dueler All Terrain bersaiz 235/40R19 di hadapan dan 285/40R19 di belakang.
Tayar yang dibalut pada rim 19-inci tersebut masih memberikan fungsi run-flat di mana ia masih boleh dipandu pada kelajuan 80 km/j ketika pancit dengan tekanan angin sifar. Ia juga menyebabkan jarak trek roda Huracan Sterrato ini lebih lebar 30 mm di hadapan dan 34 mm di belakang berbanding Huracan biasa.
Lamborghini menyatakan bahawa suspensi yang diberikan pada Huracan Sterrato ini membolehkan jarak kelegaan tanahnya kini 44 mm lebih tinggi dari mannequin biasa. Jarak strok suspensi yang lebih tinggi tersebut bukan sahaja memudahkan mannequin ini melepasi halangan, malah ia membolehkan talaannya diberi lebih lembut.
Manakala untuk brek, Huracan Sterrato menerima cakera karbon-seramik dengan angkup enam-omboh di hadapan dan empat-omboh di belakang. Ia sudah cukup membolehkan Huracan rali ini berhenti sepenuhnya dari 100 km/j dalam jarak hanya 39 meter.
Dengan tayar yang lebih besar, Huracan Sterrato turut menerima overfender lebih lebar seperti SUV/trak pikap. Ia juga menerima bendul sisi dan juga diffuser belakang yang direka dengan gaya lebih lasak, pelindung bawah badan aluminium pada sebelah hadapan, serta lampu rali yang lulus ujian pelanggaran pejalan kaki dan rel bumbung yang mampu menampung beban seberat 30 kg, menurut laporan Automobile and Driver.
Huracan Sterrato ini tidak menampilkan liang ambilan udara pada sisi badan seperti Huracan biasa. Ini untuk mengelakkan enjin menyedut udara kotor, dan ia telah digantikan dengan skup udara yang terletak di belakang bumbung. Faktor ambilan udara yang lebih kecil ini juga penyebab mengapa enjin V10 pada Huracan Sterrato ini sedikit lebih rendah berbanding Huracan biasa.
Lamborghini turut membuat talaan semula pada mod pemanduan Strada dan Sport pada Huracan Sterrato ini, serta menambah satu lagi mod Rally. Mod tambahan tersebut dibuat untuk pemanduan ketika di atas permukaan cengkaman rendah sama seperti yang diberikan pada SUV Lamborghini Urus Performante.
Foto-foto bahagian dalaman Lamborghini Huracan Sterrato ini masih lagi belum didedahkan. Namun pembuat supercar dari Itali itu menyatakan bahawa ia akan menampilkan upholsteri Alcantara Verde Sterrato yang eksklusif, bersama sistem infotainmen yang disertakan inclinometer digital, penunjuk pic dan olengan, kompas, penunjuk koordinat geografi, serta penunjuk sudut stereng.
Produksi Huracan Sterrato ini akan bermula pada Februari tahun hadapan, dan ia hanya dibina sebanyak 1,499 unit. Mannequin ini akan dijual pada harga 263,000 euro (sekitar RM1.21 juta) sebelum cukai.
Hey there, fellow video game enthusiast! Have you heard about the hottest buzz in the…
Basement waterproofing is a critical account for homeowners in Murrieta, CA, and for good reason.…
Here you are in the thrilling universe of Terong123 Games! Imagine walking into a realm…
Hello to both Fort Worth locals and those just passing through! If your living space…
First, let's clarify what we mean by "long-necked cats." We're talking about decorative figurines or…
Hey there! So, you're interested in trying your luck with the Cambodia Lottery. Well, you're…