Categories: Automobile

Laluan Ipoh Utara-Ipoh Selatan di Lebuhraya PLUS tutup sementara pada 30 Nov untuk latihan kecemasan

[ad_1]

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) pengendali bagi Lebuhraya Utara Selatan telah memaklumklan penutupan sementara bagi laluan Ipoh Utara-Ipoh Selatan (arah selatan) di lebuhraya terbabit pada 30 November 2022, mulai jam 10 pagi hingga 2.30 petang bagi tujuan latihan simulasi kecemasan.

Menurut PLUS, sepanjang tempoh tersebut, pengguna daripada utara/Kuala Kangsar yang menghala ke selatan/Kuala Lumpur akan dilencongkan ke Plaza Tol Ipoh Utara dan seterusnya dinasihatkan untuk menggunakan Jalan Persekutuan (FT240) iaitu jalan susur Jelapang-Ampang sepanjang latihan simulasi tersebut berlangsung. Pengguna boleh meneruskan perjalanan ke Selatan dengan memasuki semula Lebuhraya Utara-Selatan menerusi Plaza Tol Ipoh Selatan.

Latihan simulasi tersebut diadakan bagi menguji tahap kecekapan, masa tindak balas dan tindakan yang diambil oleh PLUS, pasukan penyelamat serta agensi yang terlibat dalam menghadapi situasi kecemasan, mengkaji dan memeriksa aliran proses prosedur keselamatan di lebuh raya.

Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, “Keselamatan pengguna lebuh raya sentiasa menjadi keutamaan kami. Oleh itu, latihan seumpama ini dijalankan dari masa ke masa untuk mengukur tahap persediaan kakitangan PLUS dan agensi yang berkaitan demi memastikan keselamatan pengguna lebuh raya.”

Latihan kecemasan kali ini akan melibatkan agensi-agensi yang terbabit antaranya Lembaga Lebuhraya Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Alam Sekitar, Angkatan Pertahanan Awam, MERS 999, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia, MIROS, Edgenta Infrastructure Companies (EIS) dan sebagainya.

Justeru, pengguna lebuhraya tersebut dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh petugas PLUS ketika latihan diadakan. Sila hubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

[ad_2]
Source link
admin

Recent Posts

Top rated Strategies for bwinbet365 Sports Wagering Success

Welcome to the powerful world of sports betting! Whether or not you're just starting or…

17 hours ago

Motivational Christmas Sayings for the Period

Hey there, festive folks! It is actually that time of year again when the atmosphere…

3 days ago

The best way to Design Effective Custom IDENTITY Cards

Before we begin the design process, why don't we discuss why custom identity cards are…

3 days ago

Tips on how to Manage Entrance Exam Pressure

Hey there! Are you feeling a little bit overwhelmed with the entrance assessments coming up?…

4 days ago

Top Strategies for Winning at Slot Games

Hey there, fellow slot enthusiast! If you're reading this, chances are you're looking to level…

4 days ago

Typically the Growing Demand for Digital Marketing savvy

Hey there! If you've been considering diving into digital advertising, you're onto something significant. The…

4 days ago