[ad_1]
Pada tahun 2018, Kymco telah menunjukkan buat kali pertama motosikal elektrik sports activities mereka yang dipanggil sebagai SuperNEX dan ia kemudiannya diikuti pula oleh versi bare, RevoNEX pada tahun 2019. Sekarang selepas beberapa tahun, dua motosikal konsep itu diperbaharui dan dibawa ke pameran EICMA 2022.
Berbanding dengan rekaan yang lebih konvensional sebelum ini, SuperNEX dan RevoNEX baru nampak lebih menonjol terutamanya dengan panel yang mempunyai kemasan bercorak heksagon menutupi keseluruhan bahagian tepinya. Bentuk bahagian hadapan dan belakang juga telah berubah.
Spesifikasi teknikal dua motosikal konsep ini masih belum didedah, tetapi kita boleh menjangka ia masih sama seperti sebelum ini dan Kymco juga memberitahu, ia “menggabungkan penggerak berkuasa dengan teknologi maju, untuk memberikan semua benda yang diingini oleh penunggang motosikal sport moden.”
“Kymco SuperNEX dan RevoNEX mengembangkan lagi falsafah rekaan asal yang memberikan penunggang lima pengalaman tersendiri: keseronokan menukar gear, keterujaan prestasi, keyakinan pengendalian, sensasi bunyi serta kepelbagaian mod tunggangan,” kata pengerusi Kymco, Allen Ko.
Dengan ayat-ayat seperti ini, kita boleh menjangkakan bahagian teknikal tidak diubah, dan masih datang dengan perincian sama seperti yang didedahkan sebelum ini, termasuk kemampuan memecut 0-100 km/j dalam masa 2.9 saat bagi SuperNEX dan 3.9 saat bagi RevoNEX, mempunyai beberapa mod tunggangan dan motor elektrik yang boleh mengeluarkan bunyi khas, serta transmisi enam kelajuan berserta klac di tangan.
Here you are in the thrilling universe of Terong123 Games! Imagine walking into a realm…
Hello to both Fort Worth locals and those just passing through! If your living space…
First, let's clarify what we mean by "long-necked cats." We're talking about decorative figurines or…
Hey there! So, you're interested in trying your luck with the Cambodia Lottery. Well, you're…
Typically, the journey of slot machines started in the vibrant era of the late 19th…
The world of online gaming is actually vast and exciting, and when you're looking to…