Categories: Automobile

Kiosk Layan Diri JPJ – perbaharui cukai jalan, lesen, cetak VOC, bayar saman tanpa perlu ke kaunter

[ad_1]

Perkara paling membosankan ketika sampai masa untuk memperbaharui cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motokar/Motosikal (LKM) sudah tentulah anda perlu kaunter-kaunter fizikal di cawangan-cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau di pejabat-pejabat Pos bukan? Jika hadir ke fasiliti-fasiliti sebegini, sudah tentu kita terpaksa meluangkan masa yang agak lama, dan ini mendorong ramai daripada kita untuk menggunakan khidmat runner.

Namun adakah anda sedar dengan kewujudan Kiosk Layan Diri JPJ yang kini mula ditempatkan di kebanyakkan cawangan JPJ seluruh negara? Menerusi kiosk ini, anda bukan sahaja boleh memperbaharui cukai jalan, malah ia juga menawarkan pelbagai servis lain termasuk mencetak semula salinan sijil pemilikan kenderaan (VOC), membayar saman trafik serta memberikan maklumat yang diperlukan berkaitan dengan lesen memandu, insurans kenderaan dan lain-lain.

Baru-baru ini, penulis sendiri mencuba Kiosk JPJ berkenaan yang terletak JPJ cawangan UTC Selangor, Seksyen 14 Shah Alam untuk memperbaharui cukai jalan. Ketika sampai di kiosk berkenaan, penulis masih lagi perlu beratur untuk menggunakan kiosk tersebut, tetapi ia mengambil masa yang jauh lebih singkat berbanding melakukan urusan yang sama di pejabat pos.

Namun sebelum anda datang ke kiosk berkenaan, anda perlu pastikan insuran baharu untuk kenderaan anda dibeli terlebih dahulu, barulah urusan pembaharuan cukai jalan boleh dibuat di kiosk ini. Seperti biasa, urusan pembelian insuran boleh dibuat di mana-mana ejen insuran, namun bagi penulis, lebih mudah dan cepat untuk dibuat menerusi pelbagai platform pembelian insuran secara atas talian yang ditawarkan pelbagai syarikat buat masa sekarang.

Menerusi kiosk ini juga, anda bukan sahaja boleh melakukan urusan pembaharuan cukai jalan dan mencetak semula VOC untuk kenderaan atau lesen memandu anda sendiri, malah boleh membuat urusan-urusan sama sebagai wakil untuk orang lain. Ini kerana sebelum memulakan apa-apa urusan, anda terlebih dahulu perlu memasukkan kad pengenalan (MyKad) pada pembaca kad bersama pengesahan cap jari pada kiosk berkenaan.

Jadi sekiranya anda hadir untuk memperbaharui cukai jalan, tidak perlulah membawa sebarang dokumen seperti geran kereta mahupun salinan cowl notice insuran, cukup sekadar membawa MyKad.

Urusan pembaharuan tersebut dibuat dengan cukup mudah dengan mengikut arahan yang diberikan melalui skrin yang disediakan, manakala pembayaran boleh dibuat menggunakan kad debit/kredit yang hanya perlu di faucet pada peranti yang disediakan di bawah skrin tersebut, atau menggunakan aplikasi pembayaran elektronik dan e-wallet seperti Contact’N Go, Seize Pay, Increase dan Maybank QRPay.

Selepas selesai pembayaran, dokumen-dokumen seperti disc LKM, VOC mahupun kad lesen memandu yang sudah diperbaharui akan keluar menerusi mesin pencetak yang terletak bersebelahan skrin berkenaan. Senang dan pantas bukan? Tetapi jika anda tidak bernasib baik beratur di belakang seorang runner yang melakukan pelbagai urusan serentak seperti memperbaharui 10 cukai jalan sekaligus untuk pelangganya, anda mungkin ‘berjanggut’ lah untuk menunggu giliran di belakangnya.

April lalu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan bahawa kementeriannya akan menambah sekitar 100 unit kiosk baharu di semua cawangan JPJ di seluruh negara menjelang akhir tahun ini. Malah beliau turut menyatakan bahawa kiosk layan diri berkenaan turut akan ditempatkan di beberapa lokasi strategik seperti di pejabat kerajaan di beberapa kementerian, di stesen LRT dan MRT di sekitar Lembah Klang.

[ad_2]
Source link
admin

Recent Posts

Top rated Suster123 Gacor Games to experience

Before we jump to the games, let's talk somewhat about Suster123. It's a well-liked online…

2 days ago

Affordable Fashion: Best Online Shops for Women

Hey there, fashion lovers! If you're anything like me, you love finding stylish clothes without…

3 days ago

Steps to Recover Funds from Fraudulent Trading

Before jumping into recovery mode, it's essential to confirm that the platform you dealt with…

3 days ago

Basketball: A Game of Skill along with Speed

What is Basketball? Baseball is a fast-paced team game played by two teams of five…

4 days ago

Comprehending CDT Weed: Benefits and also Risks

Hey there! You've probably heard the buzz about CDT weed lately and are curious about…

5 days ago

Applications of Vacuum Pumps in Industry

In the vast world of industry, machine pumps play a crucial function in a variety…

5 days ago