Kia Sorento 2022 dikesan di Malaysia – bakal dilancar?

6

[ad_1]

Tahun 2022 bakal menutup tirai tidak lama lagi, namun masih ada masanya untuk pelancaran mannequin kereta baharu, salah satunya ialah Kia Sorento generasi ke-empat yang dijangka tiba sebelum 2023 mengambil alih kalendar baharu.

Baru-baru ini, kelihatan SUV tersebut dalam rona hitam dikesan berada di atas jalan di sini. Kelibatnya sempat dirakamkan oleh saudara Loh Kah Sing dan telah dimuat naik di laman fb Kia Sorento Homeowners Membership Malaysia. Mannequin ini yang diperkenalkan di peringkat world pada Mac 2020, dijangka dilancarkan pada suku akhir 2022, seperti yang dilaporkan oleh RHB Funding Financial institution.

Tahun lalu, Kia Malaysia telah mendedahkan rancangannya untuk melancarkan empat mannequin pemasangan tempatan (CKD) termasuk Sorento di pasaran tempatan, dan akan menjadi mannequin kedua yang dilancarkan pada tahun ini, selepas MPV Carnival yang terdahulu dilancarkan pada Julai lalu.

Bermaz selaku pengedar rasmi Kia bagi pasaran tempatan juga telah mengesahkan SUV ini akan dijual di Malaysia dengan versi enjin pembakaran dalaman (ICE), hibrid dan plug-in hybrid. Dua penjana kuasa ICE akan ditawarkan iaitu 2.5 liter pengecas turbo petrol (281 PS) dan 2.2 liter turbodiesel (202 PS), kedua-duanya dipadankan dengan transmisi automatik dwi-klac lapan-kelajuan.

Manakala versi hibrid pula akan menerima enjin 1.6 liter turbo empat-silinder petrol yang diganding bersama motor elektrik 60 PS dan mampu menghasilkan keseluruhan kuasa cecah 230 PS. Bagi versi PHEV pula, ia diberikan motor elektrik lebih padu pada angka prestasi 91 PS. Ia dijanakan oleh bateri lithium-ion 13.8 kWH, dengan jarak elektrik sehingga 51 km mengikut kitaran WLTP. Kedua-dua versi hibrid dipadankan dengan kotak gear automatik enam-kelajuan dan pacuan semua-roda.

Ciri kelengkapan yang bakal diberikan untuk Sorento generasi ke-empat ini termasuklah Freeway Driving Help 2 (HDA2) yang menawarkan Degree 2 semi-autonomous driving, distant parking help, kluster instrumen digital 12.3-inci, skrin sesentuh tengah 10.25-inci dan sistem bunyi Bose. Selebihnya kita akan mengetahui apabila ia dilancarkan di pasaran tempatan kelak.

GALERI: Kia Sorento Plug-in Hybrid 2022



[ad_2]
Source link