[ad_1]
Kerajaan Johor akan menggalakkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan Better Johor Bahru untuk menambah penggunaan kenderaan elektrik (EV) pada masa depan. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, langkah itu selaras dengan usaha kerajaan negeri ke arah masyarakat rendah karbon, laporan Bernama.
Kawasan Better Johor Bahru itu termasuk Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKU).
“Kita sedia maklum bahawa untuk projek akan datang, kita akan galakkan PBT menggunakan EV kerana kita tahu, Singapura sekitar 10 hingga 20 tahun akan datang, akan gunakan 100% teknologi EV ini.
Setakat ini, penggunaan kenderaan elektrik hanya sedikit, iaitu lima buah kenderaan bagi setiap PBT ini. Kita sasarkan lebih lagi pada masa akan datang tetapi jumlah sasaran masih belum ditetapkan,” katanya.
Jelas Mohd Jafni, dalam merealisasikan perancangan ini, kerajaan negeri akan turut membina lebih banyak stesen pengecas EV di kawasan Better Johor Bahru. Di mana ia dijangka memerlukan kos yang tinggi kerana EV mempunyai kelainan dalam setiap modelnya.
“Kita sedia maklum EV ini mahal kosnya tetapi kita perlu mulakan juga untuk kita lihat apa isu-isu berbangkit kerana palam soketnya berbeza-beza, jadi kita harap permulaan ini kita akan melihat ke arah yang lebih baik,” katanya.
Just before diving into the best summer season or winter perfumes you can be proud…
Hey there! Ever believed that you're constantly battling a losing battle towards poor posture? Or…
Before we discuss the benefits, let's start with the basic principles. Turnkey repairs are like…
Madrid is a city that pulses with creativity and aesthetic flair. Its streets are usually…
Hey there! So, you're thinking about scuba diving into the world of online game playing,…
Hey, Torontonians! If you're diving into a kitchen renovation and find yourself scratching your head…