Kawasan parkir stesen KTM Rawang ditutup mulai 8 Nov – bangunan Park & Journey dibina, siap Nov 2025

0

[ad_1]

Bagi pengguna yang seringkali mengguna perkhidmatan tren KTM, ini ada makluman penting buat anda. Kawasan parkir stesen KTM Rawang dan kawasan terbuka di hadapan stesen berkenaan (berhadapan dengan jalan utama) akan ditutup sepenuhnya mulai esok (8 November). Ia bagi memberikan laluan untuk kerja pembinaan bangunan parkir empat tingkat.

Menurut Perbadanan Aset Keretapi (RAC), bangunan tempat parkir baharu itu adalah inisiatif Park & Journey oleh Kementerian Pengangkutan untuk menambahbaik fasiliti kemudahan awam dan menggalakkan penggunakan pengangutan rel dengan memberikan kemudahan letak kereta yang lebih selesa dan selamat. RAC adalah agensi pelaksana yang ditugaskan untuk membina kemudahan itu, yang menelan belanja RM54 juta.

Bangunan parkir empat tingkat itu akan menyediakan 494 petak parkir, termasuk empat petak untuk OKU, dan 104 petak parkir motosikal. Projek ini dijangka akan siap sepenuhnya pada November 2025, iaitu tiga tahun dari sekarang.

Selain bangunan parkir empat tingakt itu, ia juga akan menyediakan “Drop by Zone” untuk kemudahan mengambil dan menurunkan penumpang bas, teksi dan kenderaan persendirian. Fasiliti lain yang turut diberikan termasuk tandas, lif, lampu jalan, laluan pejalan kaki dan CCTV.

Dalam tempoh penutupan kawasan parkir stesen Komuter berkenaan, RAC mencadangkan beberapa kawasan parkir alternatif, termasuklah di terminal bas Rawang (dalam lingkungan 200 meter jaraknya dari kawasan parkir stesen KTM) dan juga lot parkir di stesen KTM di Kuang, Sungai Buloh dan Serendah.



[ad_2]
Source link