[ad_1]
Setakat ini kita memang sudah mengetahui Kawasaki Ninja ZX-25R akan tiba di negara kita tahun hadapan. Sekarang, dengan berlangsungnya perlumbaan MotoGP di Litar Sepang hujung minggu ini, mannequin tersebut juga dipamerkan untuk tontonan orang ramai.
Untuk pengetahuan, mannequin yang dipamerkan ini adalah versi terbaru yang diperkenalkan untuk pasaran Indonesia awal bulan lalu, di mana ia dilengkapi dengan panel instrumen TFT berwarna penuh. CEO Modenas, Roslan Roskan juga telah mengesahkan bahawa mannequin yang akan dibawa ke Malaysia adalah versi yang terkini.
Selain daripada itu, Roslan juga memberitahu bahawa ZX-25R ini akan dipasang di dalam negara (CKD), namun jangkaan harganya masih belum didedah. Di pasaran Indonesia, mannequin ini dijual pada harga 123.5 juta rupiah (RM37,570).
Satu lagi yang perlu diambil perhatian, ZX-25R yang dipamerkan ini adalah versi pertengahan, di mana ia juga menerima fork hadapan dengan pelarasan pra beban, tetapi monoshock masih lagi unit biasa dengan sekadar larasan pra beban. Versi yang lebih tinggi, iaitu ZX-25RR datang dengan monoshock Showa BFRC dengan pelarasan pra beban dan mampatan.
Kelengkapan lain mannequin tahun 2023 ini masih sama seperti sebelum ini, bermula dengan enjin, iaitu unit empat silinder DOHC 249.8 cc, bersama padanan transmisi enam kelajuan untuk menghasilkan kuasa 51 PS pada 15,500 rpm dan 22.9 Nm tork pada 14,500 rpm.
Walaupun cuma adalah mannequin 250 cc, ZX-25R didatangkan dengan sistem elektronik canggih yang termasuk pilihan dua mod tunggangan (Full atau Low), brek ABS dual-channel, quickshifter yang boleh digunakan untuk naik dan turun gear, kawalan cengkaman KTRC serta throttle valve elektronik. Sebagai keselamatan, kunci motosikal ini juga datang dengan sistem immobilizer.
Welcome to the powerful world of sports betting! Whether or not you're just starting or…
Hey there, festive folks! It is actually that time of year again when the atmosphere…
Before we begin the design process, why don't we discuss why custom identity cards are…
Hey there! Are you feeling a little bit overwhelmed with the entrance assessments coming up?…
Hey there, fellow slot enthusiast! If you're reading this, chances are you're looking to level…
Hey there! If you've been considering diving into digital advertising, you're onto something significant. The…