[ad_1]
Kadar tol bagi Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) telah pun diumumkan, dan ia efektif mulai jam 12.01 tengahmalam ini, 15 Oktober 2022 (Sabtu). Kadar yang ditetapkan untuk lebuhraya ini ialah RM2.30 bagi setiap plaza tol iaitu untuk kenderaan Kelas 1, atau kenderaan penumpang.
Ia meibatkan plaza tol Ampang dan Bukit Teratai, yang berada dalam fasa pertama bagi lebuhraya berkenaan yang telah pun mula beroperasi sejak sebulan yang lalu. Fasa pertama sepanjang 16.6 km ini adalah dari persimpangan Cheras-Kajang ke Bukit Antarabangsa.
Manakala plaza tol ketiga di antara jajaran Alam Damai bakal dibuka tidak lama lagi, dijangkakan sama kadarnya iaitu RM2.30, ini menjadikan kos keseluruhan bagi kadar tol sehala di jajaran SUKE untuk fasa pertama ini adalah mencecah RM6.90. Ketika fasa pertama dilancarkan pada 16 September 2022, pengguna lebuhraya berkenaan berpeluang menikmati kadar tol secara percuma selama sebulan.
Memiliki sejumlah 14 persimpangan dengan panjang sebenarnya mencecah 57.7 km, persimpangannya melibatkan Sri Petaling, Sungai Besi, Alam Damai, Cheras-Kajang, Cheras-Hartamas, Bukit Teratai, Tasik Tambahan, Permai, Kosas, Pekan Ampang, Ampang Level, Ulu Kelang, Hillview dan Bukit Antarabangsa.
SUKE juga menghubungkan lebuhraya-lebuhraya lain seperti Kesas (Sri Petaling), Lebuhraya KL-Seremban, Sungai Besi Expressway (Besraya), Grand Saga, Ampang-Kuala Lumpur Elevated Freeway (AKLEH) dan Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE), yang buat masa sekarang kesemuanya bersambung dengan MRR2.
Selepas sebulan fasa pertama SUKE dibuka, syarikat konsesi yang sama, Prolintas melancarkan pula Lebuhraya Damansara-Shah Alam semalam dan diberikan kadar tol percuma sehingga 30 November 2022.
Hey there, casino enthusiasts! Regardless of whether you're a seasoned player or even a newbie…
Hey there, casino enthusiasts! For anyone who is on the hunt for exciting strategies to…
Welcome to the powerful world of sports betting! Whether or not you're just starting or…
Hey there, festive folks! It is actually that time of year again when the atmosphere…
Before we begin the design process, why don't we discuss why custom identity cards are…
Hey there! Are you feeling a little bit overwhelmed with the entrance assessments coming up?…