Categories: Automobile

Kadar tol di Lebuhraya DASH diumumkan – RM2.30 untuk kelas 1 di setiap plaza tol, bermula 1 Dis 2022

[ad_1]

Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd (Prolintas), syarikat pemegang konsesi bagi Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) telah mengumumkan kutipan tol bagi lebuhraya berkenaan akan bermula pada 1 Disember 2022 (esok) jam 12.01 tengah malam.

Menurut Prolintas, kadar tol bagi kelas satu (kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda – tidak termasuk teksi dan bas) telah ditetapkan sebanyak RM2.30 bagi setiap plaza tol yang terletak di sepanjang lebuhraya berkenaan iaitu Plaza Tol Denai Alam, Plaza Tol RRIM (Kwasa Damansara) dan Plaza Tol Kota Damansara.

Manakala bagi kenderaan kelas dua (kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (tidak termasuk bas) pula RM4.60 dan RM6.90 untuk kelas tiga (Kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (tidak termasuk bas). Untuk kelas empat iaitu teksi pula dikenakan kadar tol sebanyak RM1.20 dan RM2.30 untuk kelas lima iaitu bas.

“Kutipan tol akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Contact ‘N Go, SmartTAG dan RFID. Sehubungan itu, pengguna disarankan agar memastikan baki kad Contact ‘N Go dan e-wallet adalah mencukupi sebelum memasuki Lebuhraya DASH.

“Bahagian Operasi Lebuhraya DASH akan sentiasa memantau kelancaran sistem kutipan tol di ketiga-tiga plaza tol selain menempatkan petugas di lorong plaza tol kedua-dua arah lebuh raya terutama pada waktu puncak bagi membantu pengguna yang menghadapi kesulitan,” kata Prolintas menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Lebuhraya DASH telah mula dibuka sejak 14 Oktober lalu dan diberikan kadar tol secara percuma sehingga 30 November 2022. DASH dibina merentasi Puncak Alam menerusi Persimpangan Mokhtar Dahari dan berakhir di “Persimpangan Spagheti” yang menghubungkan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Penchala Hyperlink dan Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) di Penchala, berhampiran Taman Tun Dr. Ismail dan juga kawasan tumpuan seperti Bandar Utama Damansara, Damansara Utama serta Mutiara Damansara.

Laluan utama jajaran DASH sepanjang ini adalah sejauh 20.1 km, namun jika diambil kesemua jarak termasuk susur persimpangan, keseluruhan jaraknya mencecah 55.4 km. Sama seperti SUKE, DASH juga menampilkan jalan tiga lorong dua hala, dengan setiap lorong berukuran 3.5 meter bersama lorong kecemasan selebar tiga meter, serta 90% adalah jalan raya bertingkat dan hanya 10% berada di atas tanah.

Bagi kemudahan akses yang lebih optimum, DASH menyediakan 13 persimpangan iaitu Persimpangan Puncak Perdana, Persimpangan Alam Suria, Persimpangan Denai Alam, Persimpangan Kampung Melayu Subang, Persimpangan Pinggiran Subang, Persimpangan Subang 2, Persimpangan Subang Airport, Persimpangan RRIM (Kwasa Damansara), Persimpangan Surian, Persimpangan Seksyen 5 Kota Damansara, Persimpangan Sunway Damansara, Persimpangan Damansara Perdana dan Persimpangan Penchala.

Bukan itu sahaja, lebuhraya ini juga akan menjadi penghubung antara bahagian timur dan barat Lembah Klang, dan merupakan laluan alternatif penduduk Shah Alam dan Puncak Alam untuk ke Persiaran Surian di Kota Damansara, Lapangan Terbang Subang, Damansara Perdana, Penchala dan menuju ke Bandaraya Kuala Lumpur. Bagi yang ingin ke utara tanah air, DASH turut dihubungkan dengan Lebuhraya Guthrie bagi membolehkan pengguna ke Lebuhraya Utara-Selatan menerusi susur keluar berhampiran Rawang.

[ad_2]
Source link
admin

Recent Posts

The way to select the Right Men’s Fragrance

Just before diving into the best summer season or winter perfumes you can be proud…

5 days ago

Glenohumeral joint Posture Bra: User Reviews along with Insights

Hey there! Ever believed that you're constantly battling a losing battle towards poor posture? Or…

6 days ago

Important things about Turnkey Repairs for Home owners

Before we discuss the benefits, let's start with the basic principles. Turnkey repairs are like…

6 days ago

Exploring Madrid’s Art Scene: Upcoming Exhibitions

Madrid is a city that pulses with creativity and aesthetic flair. Its streets are usually…

6 days ago

Curacao Gaming License: A Comprehensive Manual

Hey there! So, you're thinking about scuba diving into the world of online game playing,…

6 days ago

Choosing the Perfect Kitchen Countertop in Toronto

Hey, Torontonians! If you're diving into a kitchen renovation and find yourself scratching your head…

1 week ago