JPJ keluarkan 2,319 saman kesalahan penggunaan lampu mata arah, lampu strobe dari Jan-Okt 2022

3

[ad_1]

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan sebanyak 2,319 saman terhadap 1,223 kenderaan persendirian dari Januari hingga Oktober 2022 kerana menggunakan lampu mata arah (beacon gentle) dan lampu strobe tanpa kebenaran.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, sebarang pemasangan lampu seperti beacon dan strobe pada kenderaan tanpa kebenaran JPJ adalah tidak dibenarkan kerana pancaran cahaya dan tatacara penggunaanya boleh mengelirukan pengguna jalan raya yang lain.

“Secara jelasnya, ia merupakan kesalahan di bawah Kaedah 94, Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959.170/59 dan boleh diambil tindakan tegas di bawah Akta 333 JPJ.

“Hanya Kenderaan jabatan/agensi yang diwartakan di bawah Akta 333 sahaja, yang mana terlibat secara langsung dengan tugas-tugas kecemasan dan penguatkuasaan, seperti ambulans, kenderaan Jabatan Bomba, kenderaan Jabatan Kastam, kenderaan Jabatan Polis, kenderaan Jabatan Penjara dan kenderaan JPJ sahaja yang dibenarkan mendapat hak laluan lain di jalan raya dengan cara membunyikan siren dan hon dua nada dengan syarat pemandu kenderaan berkenaan tidak memandu secara berbahaya, cuai dan tidak bertimbang rasa, seperti mana diperuntukan di bawah Kaedah 9, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Bagi kesalahan tersebut, jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.



[ad_2]
Source link