[ad_1]
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof mengumumkan bahawa Kementerian Kerja Raya (KKR) menyasarkan untuk memperkenalkan sistem kutipan tol tanpa palang menjelang 2025, dan cadangan tersebut telah mendapat persetujuan Jemaah Menteri.
Sistem kutipan berkenaan akan beroperasi menggunakan teknologi Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF), dan ia dibuat sebagai salah satu usaha kerajaan untuk mengurangkan kesesakan di plaza tol. Menerusi sistem tersebut kenderaan tidak perlu lagi berhenti untuk membayar tol.
“Seterusnya adalah rundingan bersama semua syarikat konsesi tol mengenai bagaimana ia akan dilaksanakan supaya dapat memberi kemudahan kepada pengguna lebuh raya,” kata Fadillah dalam laporan Bernama.
“Selepas itu, bagaimana kita integrasikan daripada sistem MLFF… kita akan mewujudkan command centre (pusat arahan) diuruskan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang perlu integrasi dengan semua majlis perbandaran atau bandar raya,” tambahnya lagi.
Fadillah mengumumkan perkara ini ketika berucap pada Sesi Libat Urus Menteri Kanan Kerja Raya Bersama Media di Kuala Lumpur malam tadi yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup. Beliau menjelaskan bahawa MLFF merupakan antara inisiatif di bawah Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) 2019-2023 KKR yang dibangunkan bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya dan memacu pembangunan aplikasi ITS di negara ini.
Februari lalu Fadillah mengesahkan bahawa kementeriannya mencadangkan satu undang-undang jenayah baharu terhadap mereka yang mengelak untuk membayar tol sebagai sebahagian daripada pelaksanaan MLFF dalam tempoh 24 bulan akan datang.
“Ini bagi mengelakkan ketirisan kerana kami sedang meneliti peruntukan undang-undang yang merangkumi Kanun Keseksaan dan sama ada mengelak tol boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah kerana tiada halangan lorong di bawah MLFF,” katanya.
Tahun lalu dilaporkan bahawa ujian sistem MLFF oleh Inexperienced Packet di Lebuhraya Besraya telah bermula tahun ini, namun tiada sebarang berita susulan selepas itu. Menerusi sistem MLFF ini, bayaran tol akan dikutip menggunakan teknologi RFID, bersama sistem Pengecaman Automatik Nombor Pendaftaran Kenderaan (ANPR).
Sistem yang hampir sama turut bakal digunakan oleh Indonesia, juga bagi mengurangkan kesesakan jalan raya di negara berkenaan. Mei lalu Ketua pengarah pengangkutan darat republik tersebut, Budi Setiyadi menyatakan bahawa sistem bayaran MLFF itu bakal digunakan bermula akhir tahun ini atau selewat-lewatnya pada 2023.
Welcome to the powerful world of sports betting! Whether or not you're just starting or…
Hey there, festive folks! It is actually that time of year again when the atmosphere…
Before we begin the design process, why don't we discuss why custom identity cards are…
Hey there! Are you feeling a little bit overwhelmed with the entrance assessments coming up?…
Hey there, fellow slot enthusiast! If you're reading this, chances are you're looking to level…
Hey there! If you've been considering diving into digital advertising, you're onto something significant. The…